BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trade Kefahaman Zon A ( BASIC )

cuba lukis market 1 tahun lepas yang punya.. inshaAllah nanti boleh faham.. cara lukis boleh tgk screenshot sy pada post2 yang lepas..
 
mana-mana teknik mcamtu..kena rajin lukis market yang lepas supaya dapat kefahaman.. dah nama pun trade kefahaman zon A. :D
 
Nak Take Profit Berapa Banyak?

Haa.. Bab ni ramai yang tertanya-tanya. Nak take profit ( TP ) berapa banyak?. Bagi saya bergantung pada pair yang kita trade. Kalau pair EURUSD, 20 pips dah cukup. Kalau pair GBPUSD, boleh TP 50 pips sebab pergerakan pair ni lebih besar dari EURUSD. Berapa banyak pips yang anda target, anda mestilah trade di market yang cantik. Means, bentuknya cantik. Kalau bentuk tak cantik, harapan untuk TP menjadi tipis. Kalau tanya saya antara GBPUSD dan EURUSD, mana lagi best? Jawapannya ikut selera masing-masing. EU sedap untuk scalping sebab banyak bentuknya sideway. GU pula sedap untuk hold atau swing sebab bentuknya selalu menaik atau menurun.

Jadi terpulang berapa pips anda nak ambil. Kalau anda ingin hold untuk dapat lebih pips, maka lebih baik sekiranya anda letak breakeven. Kalau price putar arah anda tidak rugi apa-apa.. Selamat bertrading!.
 
Apa Yang Perlu Diambil Kira Jika Mahu Melukis Market Yang Lepas?

Contoh lukisan market boleh tengok post-post yang lepas. Namun apa yang perlu diambil kira jika mahu melukis market yang lepas ? :

1) perhatikan bentuk market, apa akan jadi pada London dan US session jika market pada Asia session ada banyak doji merata atau doji menaik atau doji menurun.
2) Kena tahu kedudukan market sebelum. Jika market sebelum berada di high apa nak buat untuk hari ni. Jika berada di low apa nak buat pada hari ini.
3) Asing-asingkan bentuk market yang valid dan yang batal @ invalid. Lihat pattern dia macamana terbentuk dan kena tahu bila mahu entry. Letak arrow up @ arrow down dan close arrow pada lukisan anda.

Bila lukis market dan kita perhatikan pattern dia, lama-kelamaan kita akan faham dan ingat bentuk market valid dan yang batal. Saya kira kita kena rajin untuk melukis market yang lepas jika mahu mahirkan teknik TKZA ini. Berikan masa maksimum 2 tahun untuk anda mahirkan TKZA ini. Jika sudah capai 2 tahun tetapi masih tidak mahir, bolehlah cari teknik lain..
 
aplikasi untuk lukis boleh guna photoscape..search je kt google..
 
REVIEW TRADE TKZA EURAUD 7 FEBRUARI 2020

TKZA7FEB2020_EURAUD.jpg


Penjelasan :
Pair EURAUD ini adalah antara pair yang digemari ramai trader. Biasanya kalau EURAUD naik, AUDUSD akan turun dan sebaliknya. Baik, jika dilihat pada screenshot di atas, candle jam 10 am break high zon A dan kenapa tidak buy jam 11 am?. Jawapannya sebab SOP TKZA ini kita trade pada jam 2 pm ke atas. Boleh je nak buy jam 11 am tapi kena banyak bersabar la sebab biasanya market suka reverse selepas break high atau low zon A. So, kita lihat cs jam 3 pm break high zon A dan kita buy jam 4 pm dan win 56 pips. Ok la kan?. Kalau trade pair ini, boleh TP 50 pips sebab pergerakkan EURAUD lebih besar dari AUDUSD.. tak gituew?

Oh ya! Kenapa fokus buy pada 7 feb 2020? jawapannya sebab market 6 feb 2020 berbentuk sideway jadi kena lihat pada market 5 Feb 2020. Market 5 Feb 2020 berada di bawah @menurun jadi pada 7 feb 2020 kita fokus buy. Mudah kan?
 
REVIEW TRADE TKZA GBPAUD 7 FEBRUARI 2020

TKZA7FEB2020_GBPAUD.jpg


Penjelasan :
GBPAUD antara cross pair yang menarik untuk di trade. Pergerakannya agak laju seiring dengan dengan GBPJPY. Biasanya pair ini aktif pada asia session dan mereka yang suka trade pada waktu pagi boleh pilih pair ini untuk trade. Baiklah, melihat pada screenshot di atas, kita kena tahu kedudukan market samaada market sebelum berada di bawah atau di atas atau sideway. Market 6 Feb 2020 sideway dan kita kena lihat market sebelumnya lagi iaitu pada 5 feb 2020 dan kita dapati market 5 feb 2020 berada di bawah atau dalam keadaan menurun jadi pada 7 feb 2020 kita fokus buy sahaja. Jika kita lihat pada bentuk market 7 feb ini, ianya adalah berbentuk buy reject high zon A. Jam 3pm muncul candle buy agak besar menandakan buyer masuk. Jadi, kita boleh buy jam 4pm dan win 125 pips!. Bestnya TKZA ni...
 
REVIEW MARKET BATAL GBPJPY 7 FEBRUARI 2020

MARKETBATALTKZA7FEB2020_GBJPY.jpg


Penjelasan :
market batal adalah market yang tak valid. Menurut screenshot di atas, sepatutnya kita fokus buy sebab market sebelum berada di bawah. Malangnya market 7 feb 2020 membuat buy cross zon A dan ini menandakan market gbpjpy adalah batal. Sebab itu kena letak stop loss. Jika diperhatikan pada jam 12pm dan 1pm, candle2 tersebut berbentuk doji dan doji menandakan 2 keadaan samaada market putar arah atau akan muncul candle besar. Tiada teknik yang sempurna. Semua ada kelemahan masing-masing dan kita kena akur akan perkara ini. Jangan risau. Mengikut pengalaman saya, market valid lebih banyak dari market batal.

nota : Jika market berada di bawah membuat buy cross zon A maka ianya batal. Jika market di atas membuat sell cross zon A, ianya batal.
 
Last edited:

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13381
USD / JPY
157.292
GBP / USD
1.32275
USD / CHF
0.83384
USD / CAD
1.41897
EUR / JPY
178.428
AUD / USD
0.69901
Back
Top
Log in Register