BTC USD 84,118.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trade Kefahaman Zon A ( BASIC )

BAB 1 : PENGENALAN MENGENAI TRADE KEFAHAMAN ZON A

Assalamualaikum kepada tuan-tuan dan puan-puan, pertama sekali tahniah kerana Allah telah menggerakkan hati tuan-tuan dan puan-puan untuk belajar Teknik Kefahaman Zon A ini. Pertama sekali saya ingin memberitahu bahawa teknik kefahaman zon A ini adalah sebahagian dari ilmu dari teknik ibu nya iaitu Trade Bank Smart Trade (TBST). Teknik Kefahaman Zon A (TK Zon A) ini telah melahirkan ramai jutawan senyap. Mentor saya, Ayra Johari telah menjadi jutawan Forex dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Saya adalah student beliau untuk batch yang terawal sekali.

Okay dalam teknik TK Zon A ini kita guna candlestick jam 8 pagi waktu Malaysia sebagai reference dan time frame untuk teknik ini dan untuk trade adalah time frame H1. Candlestick jam 8 pagi ini dipanggil sebagai zon A. Okay mari saya tunjukkan screenshot untuk mudah lebih faham.


A6924DB7-7F7D-4469-8A55-7EA18AA88C2D.jpeg



Untuk lebih mudah faham bagaimana candlestick 8 pagi ini berfungsi adalah ianya untuk sebagai marking jika ada price tembus keluar ke atas atau ke bawah dari zon A tersebut. Jika dilihat pada screenshot di atas, candlestick jam 1 petang keluar ke atas dari zon A. Maka kita buy jam 2 petang. Mudah kan? Oh ya! dari SS kt atas, kita nampak candle jam 10 pagi keluar ke bawah zon A. Kenapa tak sell? Kerana SOP untuk TK Zon A ni adalah entry waktu petang.. Seeloknya jam 2 petang ke atas sebab market untuk pair EURUSD ini mula aktif waktu 2 petang jam Malaysia.

Sekian sahaja untuk Bab 1. Bab 2 kita akan mengenal pasti bentuk-bentuk TK Zon A. InshaAllah..
mane2 broker 8pg waktu malaysia ye?
 
Semoga beroleh kejayaan hari ini. Semalam semua pair yg di analisa batal.

GJ Semalam Naik, Hari ni Kita Sell
gj.JPG


GU Semalam Naik, Hari ni Kita Sell
gu.JPG


EJ Semalam Turun, Hari ni Kita Buy
ej.JPG


EU Semalam Turun. Hari ni Kita Buy
eu.JPG


Cgu komen sikit contengan saya ni. Mohon koreksi jika ada kesalahan.
 
xauusd-h1-tickmill-ltd-2.png


x sabar ngn geram tengok gold.. pasang jerat kat low zon A.. kt tgk jd ke x.. haha

Sell reject low zon A. btol ke cikgu?
 
BAB 3 : MARKET BATAL@INVALID TRADE KEFAHAMAN ZON A

Tiada teknik di dalam dunia Forex ini yang menjamin 100% profit tanpa loss. Ini bermakna tiada teknik yang perfect. Tambahan pula Forex adalah bisnes berisiko tinggi dan potensi untuk loss adalah tinggi. Sebab itu penting untuk trade mengikut proper money management. Jadi bila loss, loss dapat dikawal dengan baik dengan money management yang bagus.

Berikut beberapa contoh market batal. Biasanya market batal ni market membuat bentuk SELL CROSS ZON A jika market di high dan BUY CROSS ZON A jika market di low. Untuk tambahan ada juga market buat 2 bentuk pada 1 hari di time frame H1.Jika jumpa market sebegini, ianya batal. Lihat contoh-contoh di bawah.


MARKETBATALEU12JAN2016.jpg

ni market mempunyai 2 bentuk di dalam 1 hari



marketbatalEJ23NOV2016.jpg

market di high dan membuat sell cross zon A


marketbatalEU5jan2017.jpg

market keluar masuk zon A


Market batal yang lain boleh cari sendiri pada market-market lepas. Ini homework kalian, saya sudah beri contoh kalian boleh discover sendiri. :)



betul x pemahaman saya TT, market batal ni kita xperlu hafal pun pattern nya .. market batal ni bermaksud bila kita entry akan hit SL kan..betul x?? .. sebab saya tgk patern market batal ni awalnya macam patern yang valid..cuma bila reverse akan hit SL.. so patern market batal ni hanya dapat detect setelah hit SL.. betul??
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13910
USD / JPY
157.285
GBP / USD
1.32505
USD / CHF
0.82827
USD / CAD
1.41455
EUR / JPY
179.163
AUD / USD
0.70328
Back
Top
Log in Register