BTC USD 80,626.5 Gold USD 4,132.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"TPM" Pakai Baju Pompuan???

Jadi mcm ala2 Bill Clinton la plaks
 
kalau aku jadi cyber trooper umgok pasti aku akan jawab

Puan rosmah sungguh perihatin kepada masyarakat dan negara sebab itu beliau sanggup mengorbankan masa shooping beliau dengan mendekatkan diri dengan masyarkat...

kah2..skema tak jawapan aku ...hehhe....mandi air longkang kalau jadi cyber trooper umngokkk...
 
giler glamer dah rosmah ni.

bila kuasa pemerintahan diberi pada yg bukan ahli, tunggu je la masa negara lingkup.

ini yg sedang berlaku. kuasa pemerintahan secara halus dikuasai oleh seorang wanita.

Rosmah beri PM air kelapa, tidur beralas daun bambu
Nov 1, 10 6:35pm
Kongsi

24
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin pulih dari penyakit cacar dan kini tidak sabar untuk kembali menjalankan tugas rasmi.

Rosmah berkata Najib yang pertama kali diserang penyakit itu menunjukkan perkembangan positif hasil rawatan moden serta tradisional.

"Doktor pun dah datang tengok, sapu krim supaya merah-merah di kulit dia (Najib) reda. Dia dinasihatkan banyak minum untuk membuang toksin dalam badan, jangan garu dengan kuku dan elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan bas di Kilometer 38 Genting Sempah, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur.

Rosmah berkata beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan mengalas tempat tidur dengan daun bambu agar cepat sembuh dari penyakit cacar yang dialaminya itu.

Ditanya sejak bila perdana menteri mula berasa tidak sihat, Rosmah berkata ia bermula sejak mereka berada di Hanoi, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-17 lagi.

"Saya sendiri pun tak sedap badan ketika di sana. Tapi dah okay tak lama lepas itu. Cuma bila sampai di Malaysia dan doktor periksa, didapati ada tanda-tanda cacar. Jadi doktor nasihatkan berehat. Semalam kita tengok ada merah-merah lagi di muka, tapi hari ni dah kurang dan kulit dia dah semakin cantiklah," katanya.

[Di HKL, Rosmah dilihat begitu bersemangat menggantikan suaminya hadir pada majlis-majlis yang telah disusun awal untuk perdana menteri.

Secara bergurau, Rosmah berkata beliau perlu bekerja kuat dan menggandakan usaha bagi memenuhi semua program yang telah dirancang.

Dalam lawatan itu, Rosmah turut menyampai sumbangan peribadi berupa wang dan hamper bagi pihak perdana menteri kepada lima mangsa kemalangan yang masih dirawat di HKL.

"Kita juga memberikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia. Kita harap sumbangan ini akan mampu mengurangkan penderitaan mereka," katanya.

Rosmah meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk melawat lima mangsa itu, termasuk pemandu bas terbabit, Muthumani Subramaniam, 36 tahun.

Dalam kemalangan Jumaat lalu, sebuah bas yang membawa 44 anggota belia 4B dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands, menyebabkan tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah.
 
ooo... ingatkan apa laer taaaaadii..
 
bkn ganti TPM tu..rasa2 nya PM kita skrg ni mmg rosmah pun..so teori RAHMAN tu dah salah dah..hahaha...

teori RAHMAN masih betul..
tp skang ni dah fasa start balik dah..
R for rosmah.. lepas rosmah menteri huruf A plak..
siapakah A tersebut? hehe
 
bagilah peluang pada RM untuk merasai macam mana nak jadi PM, mungkin PRU 13 ni RM akan bertanding dalam Parlimen ke, ada peluang leh jadi menteri atau PM dengan mencatat rekod sebagai 'first lady' wanita pertama sebagai PM.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register