TRIVIA

| Kisah pilu dibalik perubahan nama Dele Alli di jersinya
Karier gemilang pemain pasukan Tottenham Hotspur berusia 23 tahun ini dibayangi sebuah kisah pilu dalam kehidupan peribadinya.
Bermula pada musim 2016/17, Dele Alli telah melakukan perubahan nama di belakang jersinya. Pada awalnya beliau menggunakan nama 'Alli' namun bermula musim tersebut, nama itu telah ditukar kepada 'Dele'.
Perubahan itu dilakukan bukan tanpa alasan. Beliau tidak lagi mahu menggunakan nama Alli yang merupakan nama terakhir bapa kandungnya iaitu Kenny Alli. Dele berasa kecewa dengan perlakuan Kenny yang meninggalkan ibunya, Denise dan turut memisahkan beliau dari ibunya itu ketika berusia 13 tahun setelah Denise terjerat dengan alkohol.
Pada usia tersebut, Dele hidup bersama keluarga teman rapat Denise, Alan dan Sally Hickford. Bersama keluarga Hickford lah, Dele mendapat kesempatan untuk mewujudkan mimpi-mimpinya menjadi pemain bola sepak profesional. Dele menganggap pasangan Hickford sebagai keluarga angkatnya meskipun tidak secara rasmi diadopsi oleh pasangan tersebut.
Keputusan Dele untuk tidak menggunakan nama ayahnya telah membuatkan Kenny patah hati. Kenny mempunyai niat yang baik untuk meminta maaf kepada Dele dan ingin memperbaiki hubungan diantara mereka.
Kenny dilaporkan sanggup terbang sejauh 7,500 kilometer dari rumahnya di Amerika Syarikat dalam usaha untuk bertemu Dele dan memujuk Dele supaya kembalikan menggunakan nama Alli. Kenny hadir ketika perlawanan England menentang Slovakia dan juga apabila Dele beraksi bersama Tottenham Hotspur menentang Stoke City yang mana beliau menjaringkan gol. Namun, Dele langsung tidak mengedahkan bapanya itu dan mengelak untuk bersua muka.
Ibunya Denise yang kini berusia 56 tahun, masih berteman dengan Kenny, juga sudah tidak pernah bertemu dengan anaknya itu lagi. Beliau berkata bahawa Kenny sangat patah hati ketika melihat Dele tidak lagi menggunakan namanya.
🗣 " Kenny menghabiskan banyak masa dan wang untuk terbang menemui Dele. Dia benar-benar ingin memperbaiki semula hubungannya dengan Dele. Kami semua juga mahu seperti itu " ujar Denise kepada The Sun.
Soal perubahan nama di jersinya, Dele menjelaskan.
🗣 " Saya ingin nama di jersi adalah nama saya sendiri yang mewakili siapa saya yang sesungguhnya. Dan saya merasa tidak memiliki sebarang hubungan lagi dengan nama Alli ".
Sehingga kini, Dele masih lagi tidak memaafkan bapanya itu walaupun Kenny berterusan berusaha. Kisah ini mirip dengan apa yang dialami oleh Memphis Depay. Beliau menolak untuk menggunakan nama 'Depay' dan memilih nama 'Memphis' di belakang jersinya. Beliau ternyata sangat kecewa dengan ayahnya yang telah meninggalkan dia dan keluarganya ketika beliau hanya berusia empat tahun.

: Zorro_Boro