BTC USD 84,614.4 Gold USD 4,177.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Tottenham Hotspur

10kanee_1578629380.jpg

​
Gambar fail, penyerang Tottenham Hotspurs ditemani pegawai perubatan meninggalkan padang selepas dilanda kecederaan ketika menentang Southampton pada Liga Perdana Inggeris, 1 Januari lalu. - Foto AFP

​
Kane bakal tersisih hingga April


LONDON: Kapten Tottenham, Harry Kane dijangka diketepikan sehingga April ini selepas Spurs mendedahkan bahawa kapten England itu perlu menjalani pembedahan kecederaan hamstingnya.

Kane mengalami kecederaan ketika melakukan rembatan semasa kekalahan Tottenham dalam Liga Perdana Inggeris di Southampton pada Hari Tahun Baharu dan terpaksa meninggalkan St Mary dengan menggunakan tongkat.

“Pemeriksaan oleh kakitangan perubatan kami dalam beberapa minggu ini , kami mengesahkan bahawa Harry Kane akan menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan tendon pada hamsting kirinya,” menurut kenyataan Tottenham.

“Keputusan untuk menjalani pembedahan tidak dijangka akan memberi kesan jangka masa bahawa kapten England akan diketepikan, dengan jangkaan dia akan kembali menjalani latihan pada April.”

Kane menjaringkan 27 gol dalam 31 penampilan buat kelab dan negara pada musim ini.

Ketiadaannya memberi kesan besar kepada Tottenham, yang berharap penjaring prolifik mereka itu akan kembali pada penghujung Februari.

Tottenham kini dalam prestasi terumbang ambing di bawah bimbingan Jose Mourinho yang dilantik pada November, menang hanya satu perlawanan dalam lima perlawanan terakhir mereka pada semua kejohanan.

Menduduki tangga keenam dalam carta Liga Perdana, enam mata di belakang pasukan di tempat keempat Chelsea, menjelang pertembungan Spurs yang menerima kunjungan pendahulu liga, Liverpool Ahad ini (jam 1.30 pagi waktu Malaysia).


 

"Only when I go to the toilet they're not coming with me!"

Jose Mourinho details how he's been "disturbed" by cameras filming Tottenham's Amazon documentary
 
15govani_1579044001.jpg


Pemain Tottenham Hotspurs, Giovani Lo Celso menanduk bola ke gawang Middlesbrough pada perlawanan Piala FA, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

​
Spurs ke pusingan keempat Piala FA


LONDON: Tottenham mara ke pusingan keempat Piala FA apabila Giovani Lo Celso menjaringkan gol pelik ketika menang 2-1 mengatasi Middlesbrough manakala penyerang Newcastle, Joelinton menjaringkan gol pertama sejak Ogos ketika menang mengatasi Rochdale awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jose Mourinho hampir memusnahkan terus harapan Middlesbrough dalam tempoh 15 minit awal pusingan ketiga di stadium Tottenham Hotspur.

Lo Celso, yang dipinjam dari Real Betis, memberikan gol pendahuluan Tottenham dan hanya jaringan keduanya musim ini dan pertama sejak jaringan dalam Liga Juara-Juara berdepan Red Star Belgrade pada November.

Ia sesuatu yang amat diperlukan buat pemain tengah tengah Argentina itu selepas melalui musim sukar di utara London.

Tottenham tidak pernah merangkul trofi utama sejak 2008 apabila pengurus Middlesbrough ketika ini, Jonathan Woodgate menjaringkan gol kemenangan Piala Liga berdepan Chelsea.

Mereka memerlukan jaringan penyamaan Lucas Moura di Stadium Riverside bagi mengelak tersingkir selepas seri 1-1 di Middlesbrough awal bulan ini.

Namun Mourinho masih melakukan lima perubahan daripada skuad yang kalah berdepan Liverpool dengan Christian Eriksen yang dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan memulakan permainan. – AFP


 
Back
Top
Log in Register