pertiwi
Super Active Member
- Messages
- 6,131
- Joined
- Dec 8, 2010
- Messages
- 6,131
- Reaction score
- 30
- Points
- 70
![]()
Kenapa anda teringin kurangkan berat badan?
“budak gemok budak gemok,” … “eh budak kolestrol sini jap”. Waah2 sedap nye panggil saya macam tu. Itulah gelaran yg sering digunakan untuk panggil say sewaktu menjalani praktikal di salah sebuah hospital di penang. Saya ni takdelah genetik keluarga yg mempunyai badan yg besar-besar. Cuma saya memang kuat makan. Nasi tu dah memang jadi benda yang wajib setiap hari. Baik pagi, tengah hari, petang atau malam.
Berat Naik Dari 48kg ke 72kg!
Seingat saya berat saya time sekolah rendah dulu 48kg dan terus meningkat dr hari ke hari. Sampai lah ke tahap 72kg pada september 2011 lalu. Dengan tinggi yg hanya 151cm dan mempunyai berat 72kg, boleh bayangkan tak? Betul-betul macam bebola daging. Pernah awal remaja dulu, zaman tengah bercinta saya ada blind date dengan seorang lelaki nie – kitaorang plan lepas dia ambil saya kitaorang nak pergi round. Tapi lepas 1st time meet tu, dia cakap nak pergi ambil helmet kejap .. lepas tu lesap terus. Maybe sebab die terkejut tengok saya gemok kot. Hinanye kan orang yang gemok nie? Saya rasa betul-betul terhina.
… lepas 1st time meet tu, dia cakap nak pergi ambil helmet kejap .. lepas tu lesap terus. Maybe sebab die terkejut tengok saya gemok kot. Saya rasa betul-betul terhina.
Sebelum ini pernah cuba kurangkan berat badan?
Pernah.
Pernah beli pil untuk tahan lapar kat farmasi. Saya sendiri pun tak tahu ape name pil tu – tahu makan je. Bila stop berat naik berkali ganda.
Lepas tu try pulak JUS MATE dr rozmey. Ya Allah, tak sedap nye. Bazir almost RM500. tapi tak kurus jugak.
Lepas tu try kontrol makan. Tak nak makan nasi. Menjadi lah kot dalam 3,4 hari. Lepas tu give up.
Selain tu, pernah jugak pergi London Weight Management – yang first trial for free tu tapi mana mampu nak treatment ngn diaorang. Mahal gila!
…Tak nak makan nasi. Menjadi lah kot dalam 3,4 hari. Lepas tu give up…
Apa kejayaan penurunan berat badan yang anda perolehi?
Yeaaaaaay! Saya berjaya kurangkan 22kg dlm masa 6 bulan. Dari 72 kg ke 51kg sekarang dan masih dalam proses menurunkan 3-4kg lagi.. untuk mencapai berat 47kg!
![]()
Nutrisi and Pemakanan
Saya sangat-sangat menitik-beratkan tentang pengambilan kalori. Jadi untuk mengurangkan kadar pegambilan kalori yg berlebihan:
Waktu pagi dan malam saya minum soy powder + whey protein sebagai sarapan pagi.
Tengah hari selalunya sy makan makanan yg rebus, stim, grilled dan yang tidak bergoreng. Sebagai contoh: sup.
Cheat Day: Nandos lebih menjadi pilihan hati, dalam seminggu tu, mesti ada cheat day.
Exercise (Senaman)
Exercise! Kalau nak kurus, you have to exercise. Kalau bergantung diet je no point, maybe lambat turun atau maybe tak turun.
Setiap hari saya akan jogging atas treadmill selama 1 jam.
Weekend saya akan hiking dan seminggu 2 kali ada kelas aerobik.
p/s:jom sama2 amalkan cara hidup sihat...JOM KITA KURUS RAMAI2..hehe
sumber
honestly, aku lebih suka budak pompan baju itam gambar yang atas skali tu berbanding masa dia kurus.,..ada sesapa yg setuju tak?
