BTC USD 82,963.6 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

topic closed

Status
Not open for further replies.
terima kasih di atas sokongan n dorongan anda..memang terbaik r..xrugi join website ni =)



haahahha... Tt nye masalah dh selesai.. pastu korang plak tumpang thread luah perasaan...

terbaik gak tajuk Tt.. ramai ghupenye yg ada masalah "belum bertemu Jodoh"..

last skali....rasenye mesti ayat, Jangan Putus Asa..kn? :D

walaupun dh mencuba, tp ditinggalkn.. tp jgn berputus asa.. teruskn usaha mencari..jgn dok harap Jodoh dtg ketuk pintu umah..ckp "awak, sy rase ..sy jodoh awak"...

huu.. neways.. gud luck to aLL... yg Gemuk mahupun kurus.. semoga mendapat pilihan hati yg dicari..~ ;)
 
Aku nak tempek je. Ni bukan cite aku k. Ada dlm note FB aku. He.
Lama dah~~~

Cite ni aku dapat dari Mastika bulan Januari 2011 muka surat 103 hingga 107.
Juz nak kongsi cerita je

Dunia ini kejam! Ya, dunia ini tidak adil buat saya. Mengapa kehadiran saya di dalam dunia ini hanyalah untuk dicerca, ditertawakan, dihina dan dijadikan bahan ejekan? Kenapa? Apa dosa saya? Kerana saya gemuk? Kerana fizikal saya besar? Berdosakah saya berkeadaan demikian? Hina sangatkah saya ini? Setiap hari ada sahaja kata-kata yang meremukkan hati ini. Saya masih ingat semasa di sekolah rendah, saya hanya mampu memandang kawan-kawan sekelah bermain.
Saya tidak berani masuk dekat. Jika saya masuk, kawan-kawan sekelas akan melarikan diri. Mereka mengatakan saya ini busuk, masam dan pengotor! Busukkah saya ini?
Kata-kata sinis seperi itulah selalu membuatkan diri saya berasa rendah diri. Saya rasa diri saya kerdil dan hina.
Apabila saya berada di kantin pula, kawan-kawan sekolah sering memandang penuh makna ke arah saya. Selepas itu mereka akan ketawa mengejek. Saya tidak faham kenapa mereka berbuat begitu. Apa salah saya? Sehinggakan mereka juga tertawa apabila melihat saya sedang makan.
Lucu sangatkah jika semasa rehat saya makan sepinggan mi goreng dan sebungkus nasi lemak sekaligus?
Ketika pendidikan jasmani pula, saya sering keseorangan. Jika bermain bola keranjang dengan kawan-kawan, mereka tidak mahu beri saya pegang bola. Saya terkejar-kejarlah seorang diri. Apabila saya minta bola, mereka semua buat tidak endah. Seolah-olah saya tidak wujud. Butakah mereka? Tidak nampakkah mereka tubuh saya sebesar anak gajah ini?
Yang paling sedih, mereka memanggil saya dengan bermacam-macam nama. Ada yang panggil saya Siti Gorila, Siti Tempayan, Siti beruang, Siti Gajah, Siti Gendut dan bermacam-macam lagi nama yang bernada mengejek.
Semua nama yang diberi itu amat menyakitkan telinga saya. Nama saya Siti Nurhalimah, bukan Siti Tempayan Budu. Kenapa mereka ini sangat kejam! Hina sangatkah saya ini!
Semasa saya meningkat dewasa, saya seronok melihat rakan-rakan sebaya berSMS, bergayut di telefon dan bercerita tentang kekasih hati mereka. Saya juga mahu merasa erti nikmatnya cinta, malangnya tiada seorang pun yang sudi. Bukan kata hendak jadi kekasih, hendak berkenalan pun tiada yang sudi. Hati saya memberontak. Saya juga mahu merasa apa itu makna cinta!
Akhirnya, Allah makbulakn doa saya. Saya berkenalan dengan seorang lelaki melalui sebuah laman sosial dalam Internet. Nama lelaki itu Faizal. Ya, Faizal sangat baik. Dia begitu ambil berat diri saya. Setiap malam saya akan bersembang dengannya sampai ke pagi. Hidup saya berasa sungguh indah dengan kehadiran Faizal. Sepanjang hayat saya, saat inilah dirasakan begitu indah sekali. Terubat segala luka di hati selama ini. Bagi saya ketika itu, Faizal adalah segala-galanya.
Suatu hari, Faizal mengajak saya keluar buat pertama kali selepas dua tahun hanya berkenalan di Internet. Dia mahu mengenali saya dan menatap wajah saya secara lebih dekat. Tetapi saya menolak dengan baik dan memberi bermacam-macam alasan. Sebenarnya saya bimbang, kalau-kalau apabila Faizal melihat saya dia lari lintang pukang, menjauhkan diri. Saya tidak sanggup kehilangan Faizal.
Tapi, setiap hari Faizal asyik mendesak hendak berjumpa dengan saya. Katanya, dia teringin sangat untuk menatap wajah saya. Saya jadi serba salah. Setiap malam saya berdoa kepada Allah agar memanjangkan jodoh perkenalan saya dengan Faizal. Dek kerana Faizal terlalu mengharap, saya akhirnya akur. Saya bersedia bertemu Faizal.
Suatu petang, saya berjanji berjumpa Faizal di sebuah restoran makanan segera di ibu negara. Saya juga memberitahunya saya datang memakai baju kurung bewarna biru dan bertudung hitam. Faizal menyatakan dia tidak sabar hendak berjumpa.
Sebelum turun dari rumah, sekali lagi saya berdoa kepada Allah agar menjadikan hari itu adalah terindah dalam hidup saya. Saya juga memohon kepada Allah, supaya Faizal dapat menerima saya seadanya.
Selama dua tahun mengenali jejaka ini, Faizal seorang yang sangat baik dan memahami. Saya yakin Faizal tidak akan mengecewakan saya dan menerima seorang gadis berusia 23 tahun yang mempunyai badan seberan 140 kilogram ini. Saya yakin! Saya bertawakal!
Sampai di sana, saya segera melabuhkan punggung di kerusi. Mata saya melilau mencari di manakah gerangan jejaka yang membuat hati saya sentiasa berbunga. Jam di tangan berjalan begitu pantas. Tanpa saya sedari, faizal masih belum tiba meskipun ia sudah terlewat dua jam dari masa yang dijanjikan. Saya masih setia menunggu.
Setelah hampir tiga jam menti, saya buat pertama kali menghantar SMS kepadanya Malangnya tidak berbalas. Apabila saya menghubunginya, telefon bimbit dimatikan. Saya berasa amat sedih! Mungkinkah ada sesuatu yang buruk telah berlaku dalam perjalanan atau Faizal telah melihat saya dan melarikan diri!
Malam itu, saya tidak henti-henti menghubungi Faizal, tetapi semua panggilan saya tidak berjawab. Saya sedih tidak terkira. Setelah berbulan-bulan cuba menghubungi, Faizal terus membisu.
Hancur luluh hati saya. Orang yang saya sayang selama ini sanggup melukakan hati saya. Fahamlah saya! Ya, manusia semuanya sama. Mereka memandang jijik orang gemuk seperti saya.
Tidak cukup dengan insiden itu, sewaktu keluar dari universiti, saya cuba memohon kerja. Malangnya semua tempat yang saya hadiri temuduga, menolak saya mentah-mentah. Mereka memberi alasan tidak mahu mengambil saya bekerja disebabkan keadaan fizikal saya yang terlalu besar. Tubuh saya tidak sesuai diambil bekerja. Ketika itu hanya Tuhan yang tahu betapa kecewanya saya. Kenapa saya didiskriminasi sedemikian rupa? Bukankah saya mempunyai ijazah yang diiktiraf dari universiti?
Akibat fizikal yang gemuk, saya gagal mendapat kerja. Saya hampa. Saya tak ubah seperti seekor anjing kurap yang jijik di mata mereka.
Pernah beberapa kali saya cuba untuk menguruskan badan. Tetapi tidak berhasil sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan saya pengsan beberapa kali.
Puncanya, apabila makan, saya sengaja muntahkan semula bagi menguruskan badan. Apa yang saya lakukan semata-mata tidak mahu lagi dipandang hina, jijik dan tidak berguna di mata semua orang.
Kepada mereka di luar sana, satu permintaan saya. Jangan panggil lagi insan seperti sayadan lain-lain yang bertubuh gemuk dengan nama Siti Gorila, Siti Tempayan, Siti Beruang, Siti Gajah, Siti gajah atau Siti Gendut!
Kami yang bertubuh istimewa ini bukanlah watak jenaka yang perlu di tertawakan sepanjang masa. Fahamilah perasaan kami. Kami juga manusia biasa, insan ciptaan Tuhan yang ingin menumpang hidup di alam maya ini.

Kiriman:
Siti Nuhalimah Kasim Kajang, Selangor.
 
aku sedar aku sapew..
xlayak ke aku sampai aku dipermainkan?
nape sume orang aku syg curang?
sampai hati depa

kesian kat ko. aku hanya boleh simpati je la.
 
aq cadangkan tt minum air herba kasi turun berat badan...sabar ye TT
 
kebanyakan pompuan berisi nie aku jumpa happy go lucky riang jer xsombong,yang xberisi sebalik nyer
aku dulu nak juga cari awek cam neelofa tapi pikir balik 15taun kendian dia pun dh xmacam neelofa lg,aku pun kepala dah botak,prut buncit dan lg dan lg
kesimpulannyer keserasian,baik hati kunci hubngan yg baik
gud luck tt>>>>>>>>>>.
 
jangan lah cakap macam tu... semua orang ada kelemahan.

dan semua org ada kemahuan masing2..

tt jgn sedih2..dh kemahuan lelaki tu nk yg slim2.
biarkan dia..tt x rugi apa2 pn.

biar gemuk jgn busuk2 sudah..

kebersihan dan penampilan kena jaga..
disamping ilmu dan amal ibadat.
 
sbar byk2 ye TT..dlm dunia ni ada ramai manusia dgn macam2 perangai..TT waspada la..
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register