Berdasarkan fakta dan data mana bro boleh assume: "tengok" "kebanyakan/mostly" golongan "orang cerdik pandai" "tidak" bekerja di sektor kerajaan?
So, kita fokus kepada yang gred 41 sahaja, dan tolak mereka yang "tidak" pernah bekerja di sektor swasta mahupun pernah jadi usahawan dsb...serta kita tolak mereka yang berstatus pensyarah (maybe bro nak spesifik pensyarah kolej komuniti/politeknik dan setaraf kerana pensyarah Universiti den raso gred tinggi lagi la ni....)
So, kita fokus lagi yang "genius"....genius ni kira tinggi level IQ mereka, biasanya jenis ni paling koman Master (but mostly PhD or setaraf dengannya) terutama yang sambung pelajaran (selepas matrik mahupun degree ke luar negara)
Baik, kita bincang tentang kenapa "kebanyakan golongan cerdik pandai" dan "golongan genius" dari kalangan warganegara Malaysia tidak masuk ke sektor kerajaan?
Boleh jadi (setiap individu yang tergolong di dalam cerdik pandai mahupun genius ada pandangan masing2 dan AIM tersendiri berdasarkan time frame yang mereka sendiri atur);
A. Bekerja di luar negara (bukan dengan kerajaan Malaysia)
1. Pengalaman bekerja di sektor selain sektor kerajaan
2. Gaji (dalam matawang sesebuah negara) yang lumayan
3. Timbul perasaan "selesa" di negara luar (terutama tempat mereka sambung belajar)
4. Mendirikan rumahtangga di sana (mungkin dengan penduduk di negara sana)
5. Penyelidikan (fasiliti dan peruntukan yang besar dan tiada masalah birokrasi)
6. Kesihatan
B. Bekerja di dalam negara (di dalam sektor swasta mahupun menjadi usahawan)
1. Gaji yang lebih berbanding gaji yang ditawarkan kerajaan Malaysia
2. Pengalaman bekerja tanpa ada banyak birokrasi mahupun formaliti
3. Pengalaman bekerja (praktikaliti) yang lebih luas
4. Masa (fleksibel) bagi usahawan
5. Usaha menentukan jatuh bangun bagi usahawan (sebagai cabaran)
6. Kesihatan (panel: klinik ataupun hospital) yang tidak semua agensi kerajaan ada
7. Bonus (swasta) adalah lebih banyak, bergantung kepada pencapaian syarikat
So, ini yang den utarakan.....