BTC USD 82,743.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Top 9 emel hosting percuma

FAUZEY_FX

Passed Away
gem
Messages
20,671
Joined
Nov 13, 2010
Messages
20,671
Reaction score
847
Points
171


1.Gmail
- Google berjaya menarik ramai pengguna internet menerusi khidmat Gmail yang ditawarkannya. la menyediakan ruang storan yang besar, kuasa carian Google, dan Google Talk yang disepadukan ke dalam pemuka e-mel. la mudah digunakan, amat berkuasa dan anda tidak perlu memadam mesej. Ini menjadikan ia pilihan terbaik untuk e-mel berasaskan web. Penggunaan teknologi AJAX yang meluas membolehkan Gmail dimuatkan dengan pantas dan membolehkan anda mengurus kontak dan label. la boleh digunakan untuk menyimpan fail, aplikasi dan sumber pihak ketiga. Setakat ini belum ada e-mel web sehebatnya. Khidmat percuma tanpa proses naik taraf ini turut menyediakan perlindungan spam yang berkesan. Pendek kata, ada banyak kelebihan jika anda menggunakan Gmail.



2.Yahoo! E-mail
- Yahoo! telah muncul sekian lama, begitu juga dengan khidmat e-mel percumanya. Jika anda mencari perlindungan spam yang hebat dan pemuka yang senang diguna, Yahoo! adalah pilihan tepat. Anda akan mendapat banyak storan untuk pengemelan asas (gambar, teks dan dokumen) selain kefungsian dan sokongan yang hebat daripada Yahoo! - jika apa-apa yang "tidak kena" berlaku. Dengan caj yang berpatutan, anda boleh mendapat akaun Yahoo! Mail Plus yang akan membuang aspek tertentu seperti paparan iklan dan memberikan lebih storan. Ciri lain yang disertakan dalam Mail Plus termasuk keupayaan menghantar fail 20 MB menerusi e-mel. Ciri ini tidak semestinya perlu, tetapi anda mampu berjimat jika terus menjadi pengguna khidmat percuma yang ditawarkannya.




3.Hotmail
– Microsoft turut menawarkan e-mel yang dikenali sebagai Hotmail. Ada sebab kenapa ia tidak harus diketepikan. Hotmail merupakan khidmat e-mel "sederhana" yang membolehkan kerja asas dilakukan ketika anda tidak melakukan tugas lain. Masalah besar e-mel ini ialah, ia menjadi sasaran nombor satu untuk serangan spam dan phishing sejak beberapa tahun. Jika anda mendapat akaun Hotmail, peluang anda (tidak kira, meskipun anda berhati*hati) menerima spam yang memasuki peti e-mel (mailbox) tetap ada, malah lebih cepat daripada yang dijangkakan. Hotmail juga menawarkan beberapa fungsi menarik seperti e-mel berasaskan web yang lain. Contohnya, alamat e-melnya boleh digunakan sebagai "login" apabila anda menggunakan aplikasi MSN Web Messenger.




4.Hushmail
-Jika aspek keselamatan menjadi keutamaan anda, cubalah e-mel ini. la mampu mengenkripsi semua e-mel dan secara automatik mengimbas virus dan spam. Anda bebas mendaftar dan mendapat akaun. Anda juga boleh menambah banyak ciri pada akaun dengan kos yang biasanya rendah. Selain itu, anda boleh menggunakan e-mel ini dalam tapak web untuk memastikan e-mel anda lebih selamat berbanding e-mel lain - kerana ia mengenkripsi fail yang dihantar menerusinya.




5.MyTrashMail
- Kadangkala anda tertarik dengan promosi dalam talian yang sukar dipercayai lantas memberikan alamat e-mel syarikat. Seminggu kemudian anda menerima ribuan e-mel spam setiap hari. Jadi elakkan sebarang kesulitan dengan mengguna alamat e-mel tidak dikenali dan boleh dilupuskan. MyTrashMail menyediakan khidmat secara percuma yang membolehkan anda menggunakan alamat tidak dikenali dengan pantas, tanpa perlu kata laluan atau mendaftar. la sesuai digunakan untuk mengesahkan e-mel, pendaftaran, atau berurusan dengan orang yang tidak dikenali.




6.MuchoMail
- Tidak semua pengguna memerlukan khidmat e*mel yang punyai pelbagai fungsi. MuchoMail contohnya, merupakan khidmat e-mel web yang mudah can sesuai dengan keperluan kebanyakan pengguna. Storan sebanyak 25MB disediakan untuk khidmat percuma manakala 1G untuk pengguna berbayar. Perlindungan spam, anti-virus, folder dan beberapa fungsi asas yang lain seperti sisipan dan buku alamat turut disediakan. Pendek kata, ia sangat mudah, percuma, dan mantap.




7.Lycos E-mail
- Syarikat yang sudah lama bertapak ini turut menawarkan khidmat e-mel percuma dengan banyak ciri menarik. la dilindungi daripada spam, serangan phishing, dan mampu menyekat domain dan alamat e*mel tertentu. Jika perlu storannya juga boleh ditambah dengan caj yang berpatutan. Anda juga boleh mengarang e*mel dengan HTML agar mesej kelihatan menarik dan agak peribadi. Khidmat Lycos Mail Plus pula membolehkan capaian POP3, storan 125MB dan tiada Man.




8.Mail.com
- E-mel percuma ini turut menyediakan pelbagai tawaran seperti antivirus dan perlindungan spam yang biasa. Selain itu, anda boleh mendapat beberapa fungsi menarik yang lain seperti notepad, kalendar, buku alamat, dan banyak lagi. la juga menawarkan mesej segera Mail.com yang membolehkan anda mengguna khidmat seperti AIM, ICQ, dan MSN, semuanya dalam satu klien. la juga menawarkan senarai domain untuk dipilih agar anda boleh mendapat alamat yang dikehendaki.




9.Mail2Web
- Jika anda kerap menggunakan klien e-mel yang ada pada PC untuk pelbagai tujuan, anda mungkin menyukai e-mel ini. Selain percuma, ia memberikan keupayaan untuk menyemak e-mel menggunakan PC, telefon bimbit, atau PDA menerusi askes web. Proses isign-upi atau pendaftaran tidak diperlukan. E-mel mudah disemak dengan memberikan alamat penuh dan kata laluannya. Pemukanya menarik, ringkas, dan mudah digunakan. Anda juga berupaya menggabungkan khidmat ichati yang disedianya dengan senarai rakan dari AIM, Yahoo! Messenger, dan lain-lain lagi.
 
Back
Top
Log in Register