eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
GEORGETOWN: Persiapan tiga sahabat berbuka puasa bertukar tragedi apabila tong gas yang berada didapur tiba-tiba meletup dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Iping, Batu Maung di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berlaku ketika semua mangsa, warga Bangladesh dikenali sebagai Alim, 23, Rafiqul Islam, 24, dan Habibur Rahman, dikatakan baru pulang bekerja.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin berkata, dalam kejadian itu, semua mangsa dikatakan bersiap-siap untuk memasak juadah berbuka puasa.
Beliau berkata, seorang daripada mangsa dikatakan menyalakan api dapur gas sebelum secara tiba-tiba ia meletup dan menyambar badan seorang daripada mereka.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, semua mangsa mengalami kecederaan teruk akibat melecur hampir 50 peratus dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai berlaku disebabkan kebocoran gas, namun siasatan lanjut masih dijalankan dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kemalangan biasa dan tiada unsur jenayah,” katanya.
Sementara itu, rakan mangsa, Mohamad Anwar Rahman, 31, ketika ditemui di HPP berkata, ketika sedang memasak, secara tiba-tiba gas meletup menyebabkan Habibur yang berada berdekatan dapur disambar api menyebabkan badannya melecur.
Katanya, dia kemudian meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans selepas terkejut dengan kejadian menimpa ketiga-tiga rakannya itu.