BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Tolong tunjuk bukti'

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,243
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,243
Reaction score
4,135
Points
661

Oleh Farihad Shalla Mahmud- Mac 28, 2022 @ 1:00pm

[email protected]
Rosmin berpendapat dakwaan salah laku dalam kalangan penggiat industri radio wajar disertakan dengan bukti bagi memudahkan siasatan pihak berkuasa. Foto Ihsan RIM
Rosmin berpendapat dakwaan salah laku dalam kalangan penggiat industri radio wajar disertakan dengan bukti bagi memudahkan siasatan pihak berkuasa. Foto Ihsan RIM




KUALA LUMPUR: Pendedahan bekas penyampai radio terkenal, Kudsia Kahar berhubung apa yang didakwa budaya suapan dalam industri penyiaran melalui ciapan di Twitter, bulan lalu, mencetuskan polemik dalam kalangan penggiat industri kreatif terutama radio.

Dalam ciapannya, Kudsia yang berpengalaman hampir dua dekad dalam dunia radio mendakwa ada stesen penyiaran meminta ganjaran berbentuk barangan sebelum lagu baharu disiarkan.

Menyifatkan kewujudan budaya korupsi dalam konti radio sebagai tuduhan berat kerana membabitkan reputasi dan kredibiliti, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim meminta agar dakwaan salah laku itu disertakan dengan bukti demi memudahkan siasatan.

"Setakat ini, RIM belum menerima aduan daripada mana-mana pihak mengenai isu rasuah yang didakwa berlaku dalam stesen penyiaran khususnya radio.

"Dakwaan yang ditimbulkan itu agak serius kerana boleh mencemarkan ketelusan sesebuah stesen radio jika ia terbukti benar.

"Justeru, bagi mengelak spekulasi terus bertebaran, saya harap sesiapa sahaja yang pernah melalui pengalaman itu (seperti didakwa Kudsia) untuk kemukakan aduan rasmi agar kami boleh ambil tindakan.

"Jika membabitkan sogokan dan salah guna kuasa, kami akan laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya kepada BH Online.

Selain menyalahi undang-undang dan melanggar etika kerja, Rosmin berkata, amalan rasuah mengundang risiko kepada semua stesen radio yang dikhuatiri kehilangan pendengar berikutan lagu yang diputarkan tidak menepati cita rasa.

"Apabila ada tuduhan begini, secara tidak langsung ia akan timbul keraguan dalam kalangan pendengar mengenai ketelusan stesen radio memilih lagu untuk diputarkan.

"Jika wang sogokan menjadi punca sesebuah lagu itu diputarkan dan bukannya atas cita rasa pendengar, tidak mustahil 'rating' akan jatuh dan pendengar akan beralih ke stesen lain untuk mendengar lagu kegemaran mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran menyifatkan kenyataan Kudsia tidak adil kerana boleh memberi gambaran buruk kepada industri radio secara keseluruhannya.

Sambil menegaskan MPA berpegang teguh pada etika kerja, Nazri berkata, proses penyiaran sesebuah lagu itu dibuat dengan penuh teliti serta telus mengikut prosedur ditetapkan.

"MPA mempunyai dasar tersendiri dalam menilai sesebuah lagu untuk disiarkan di stesen kami iaitu dengan menggunakan sistem Playlist Authorisation Form (PAF).

"Setiap lagu yang hendak dimasukkan dalam senarai 'playlist', perlu mendapat kelulusan pihak pengurusan. Ini bermakna, Pengarah Muzik akan usulkan cadangan dan justifikasi yang sudah disusun oleh juri muzik.

"Laporan itu kemudian dihantar kepada Pengarah Kandungan setiap stesen radio dan mereka perlu mendapat kelulusan daripada tiga pihak atasan
 
Nazri menjelaskan MPA mempunyai dasar tersendiri dalam menilai sesebuah lagu untuk disiarkan iaitu dengan menggunakan sistem Playlist Authorisation Form (PAF). Foto Ihsan MPA
Nazri menjelaskan MPA mempunyai dasar tersendiri dalam menilai sesebuah lagu untuk disiarkan iaitu dengan menggunakan sistem Playlist Authorisation Form (PAF). Foto Ihsan MPA


"Pada peringkat ini, jika laporan yang dikemukakan itu tiada justifikasi betul, senarai lagu akan ditolak," katanya.

Nazri menambah, selain membuktikan ketelusan mereka, sistem PAF digunakan sebagai peraturan diri bertujuan menjaga sensitiviti pendengar semua stesen di bawah MPA.

"Maksudnya kita kena tapis dahulu sesebuah lagu demi menjaga sensitiviti mereka. Sebelum disiarkan, kita kena kaji dahulu aspek muzik, lirik dan imej penyanyi terbabit.

"Kita lihat bagaimana tiga elemen ini memberi pengaruh kepada pendengar. Kita tidak mahu main putar sahaja lagu tanpa memikirkan kesan kepada pendengar.

"Tanggungjawab kami sangat berat. Jika ada aduan daripada pendengar, kita akan kena saman, bukannya artis atau syarikat rakaman," katanya.

Bagi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim, budaya rasuah membabitkan stesen radio timbul apabila ramai pihak sangsi dengan kaedah digunakan dalam memilih lagu.

Walaupun faham konsep format radio dan sistem yang diguna pakai dalam menentukan sesebuah lagu boleh disiarkan atau tidak, namun Norman berkata, kaedah itu masih boleh dipertikaikan.

"Tidak dinafikan wujud unsur 'favoritism' dalam dunia radio. Jujurnya, saya pernah berasa hati apabila ada lagu dari label saya tidak diputarkan atas alasan tidak mendapat sambutan berdasarkan maklum balas dilakukan.

"Apabila jawapan seperti itu diberi, timbul rasa curiga bagaimana pemilihan dibuat. Kadang-kadang, sesebuah lagu itu jika didengar berulang kali, sedaplah jadinya.

"Kita harap ada cara yang lebih baik dan lebih terbuka. Kalau ikutkan semua orang akan cakap lagu mereka layak untuk disiarkan.
 
Norman menyarankan undian terhadap sesebuah lagu dibuat secara neutral dan tidak dikendalikan mana-mana pihak seperti yang dilakukan Rotten Tomato dalam menilai sesebuah filem. Foto IG Norman Abdul Halim
Norman menyarankan undian terhadap sesebuah lagu dibuat secara neutral dan tidak dikendalikan mana-mana pihak seperti yang dilakukan Rotten Tomato dalam menilai sesebuah filem. Foto IG Norman Abdul Halim


"Mungkin kita boleh fikirkan satu kaedah iaitu undian terhadap sesebuah lagu itu dibuat secara neutral dan tidak dikendalikan mana-mana pihak seperti yang dilakukan Rotten Tomato dalam menilai sesebuah filem," katanya.

Bagi mengelak amalan rasuah terus berleluasa, Norman turut menyarankan industri radio mewujudkan dasar tidak menerima ganjaran atau 'No Gift Policy'.

"Rasuah bukan sahaja membabitkan wang ringgit, malah dalam bentuk barangan. Untuk mengelakkan wujudnya syak wasangka, saya sarankan syarikat media memperkenalkan dasar 'No Gift Policy'.

"Ini juga penting demi integriti setiap individu yang terbabit dalam proses pemilihan lagu," katanya.

Menerusi ciapan kira-kira sebulan lalu, Kudsia mendakwa wujud amalan rasuah dalam industri penyiaran radio apabila meminta ganjaran daripada artis sebelum sesuatu lagu baharu boleh disiarkan.
 
Back
Top
Log in Register