BTC USD 84,355.8 Gold USD 4,274.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tolong!!!! Miskin tegar

nak minta tolong rakan CG bagi pendapat macamana nak settle masalah hutang aku yang bertimbun-timbun.kalau mohon kemudahan bank sekarang ni,diaorang kategorikan aku miskin tegar dah ni.

gaji kasar RM2900 sebulan
tolak personal loan bsn & BR balance RM535

hutang keta baki RM47k,monthly RM564
hutang rumah baki RM165k,monthly RM888
hutang asb loan baki RM185k,monthly RM1060
hutang bsn loan baki RM160,monthly RM1700
hutang BR loan baki RM65k,monthly RM676

ASB ada RM442k
OD ada 180k
cash in hand ada 96k

macamana nak settle hutang-hutang aku.tolongggg....

pengalaman sebagai miskin tegar
nak makan nasi-beras berhutang kat kedai runcit ( sanggup tahan malu berhutang untuk elak anak-anak tak makan )
lauk-tangkap ikan kat sungai
sayur-tanam sendiri
t.v dah lama tak tengok-tak mampu beli
akhbar-baca akhbar yang dapat daripada bungkusan barang
dll lagi

adakah TT ni miskin tegar
 
Total hutang = RM4,888

Gunakan OD untuk selesaikan loan kereta dan loan Bank Rakyat
RM180,000-RM47,000-RM65,000=RM68,000

Sewakan rumah tu. Dengan nilai rumah tu pada pendapat aku ko boleh dapat sewa RM1,000/mth. Itupun bergantung pada lokasi. Tapi untuk tujuan pengiraan ini kita ambil RM1,000 sebagai kadar sewa.

+ve cashflow dari sewa rumah = RM1,000-RM888=RM112

Income dari ASB = RM442,000*8%=RM35,360/yr
Income dari ASW = RM229,000*6%=RM13,740/yr
Total = RM49,100

ASB loan RM1,060*12=RM12,720
BSN loan RM1,700*12=RM20,400
Total = RM33,120

Dengan menggunakan income dari ASB & ASW tu kita dah boleh settle semua hutang. Balance cash tinggal RM49,100-RM33,120=RM15,980

Gunakan RM15,980 untuk top up balik account OD. Gaji pun sama, masukkan semua sekali dalam account OD untuk kurangkan interest. Untuk lebih detail kena baca thread OD atau pun pegi kelas.

Ko cuma gunakan OD sebanyak RM112,000. Ada lagi balance RM68,000. Boleh gunakan untuk tujuan lagi ;)

Cash in hand ko tak usik pun.

Hanya pendapat aku.

mana lebih bagus tuan, jika saya recycle OD saya dan Cash in hand sebelum bayar hutang keta & BR sebab interest OD rendah dari dividen ASW.

RM180k OD + RM96k = RM276k
RM276k-RM47k(kereta)-RM65k(BR) = RM 164k

Income dari ASB = RM442,000*8%=RM35,360/yr
Income dari ASW = RM229,000+RM276,000*6%=RM30,300/yr
Total = RM65,660

ASB loan RM1,060*12=RM12,720
BSN loan RM1,700*12=RM20,400
Total = RM33,120

balance cash RM65,660 - RM 33,120 = RM32,540.00
 
ni saje nk kasi panas je ni..miskin tegar


hotakkkkkkkk!!!!!
 
nak tunjuk kata ko byk duit ke TT?
sedih kalau miskin tegar yang betul baca statement syok sendiri ko ni
 
lum kawin.cc dah apply kat bank al-rajhi & bsn,kena reject.sebab komitmen tinggi.g BNM check credit repot komitmen dah 167%.very high komitment.AKPK pun dah pegi.beritahu pasal hutang2 yang ada dan tunjuk slip gaji.diaorang pun pening sebab macamana bank boleh luluskan pinjaman2 tersebut.


JUST NAK MENTION,BUKAN NAK BERLAGAK, TAPI NAK MEMAHIRKAN LAGI DIRI DALAM BIDANG PENGURUSAN KEWANGAN.NAK MINTAK PENDAPAT RAKAN2 YANG BIJAK PANDAI DALAM PENGURUSAN HUTANG NI.

takpe la kalau nak memahirkan diri..
tapi takyah la gelarkan diri miskin tegar bro..
bro secara tak lansung dah menghina miskin tegar yang lain..
harap tukar ajer la topic tu..

p/s: jauh disudut hati aku, memang aku nampak ko berlagak dan nak show off.. :(scam:(scam:(scam
 
mana lebih bagus tuan, jika saya recycle OD saya dan Cash in hand sebelum bayar hutang keta & BR sebab interest OD rendah dari dividen ASW.

RM180k OD + RM96k = RM276k
RM276k-RM47k(kereta)-RM65k(BR) = RM 164k

Income dari ASB = RM442,000*8%=RM35,360/yr
Income dari ASW = RM229,000+RM276,000*6%=RM30,300/yr
Total = RM65,660

ASB loan RM1,060*12=RM12,720
BSN loan RM1,700*12=RM20,400
Total = RM33,120

balance cash RM65,660 - RM 33,120 = RM32,540.00
Settlekan dulu mana loan yang interest tinggi, lepas tu baru pikir nak recycle atau rolling kat tempat lain.

Cara ko nak buat kat atas tu applicable sekiranya interest loan BR & loan kereta lebih rendah dari dividen ASW.

Ko masih ada cash RM96,000 dan OD RM68,000 yang masih belum digunakan. Gunakan cash dah balance OD tu untuk invest ke tempat lain.
 
x yah lar kutuk TT...jutawan tegar ker miskin tegar ker...yg penting dia dgn Tuhan jer tau....dah dia bukak thread minta tolong, tolong ajer lar....org kaya pun utang banyak gak...tambah lar plak org susah cam aku nih....isk isk isk
 
uhuhuhu..>:) >:) >:)

Tak baik kata sendiri miskin tegar padahal TT jauh dari tebing miskin tegar.. nanti btol2 miskin tegar baru tau.. ku cadangkan TT tukar balik tajuk thread ni, jangan letak miskin tegar, ni baru sket je orang hentam TT, nanti makin ramai yang masuk, makin ramai yang hentam.. syukur la dengan apa yang ada sebelum kami mengambilnya serta merta.. >:) >:) >:) >:) >:) >:) >:) >:) >:)
 
uhuhuhu..>:) >:) >:)

Tak baik kata sendiri miskin tegar padahal TT jauh dari tebing miskin tegar.. nanti btol2 miskin tegar baru tau.. ku cadangkan TT tukar balik tajuk thread ni, jangan letak miskin tegar, ni baru sket je orang hentam TT, nanti makin ramai yang masuk, makin ramai yang hentam.. syukur la dengan apa yang ada sebelum kami mengambilnya serta merta.. >:) >:) >:) >:) >:) >:) >:) >:) >:)

tahnya tt ni...cuba tulis "aku tak tau manage duit aku" or aku tolong advice aku ke..kira ok la...:(scam:(scam
 
TT ni bukannya miskin tegar, tapi tak reti manage duit
Azizi Ali ada bgtau dlm buku beliau
kalau nak mencapai kebebasan kewangan 1 je key dia
berbelanja di bawah paras kemampuan
contohnya kalau gaji rm2000 sebulan
berbelanja macam org yg gaji rm1500 sebulan
so anda akan dpt bonus rm500 tiap2 bulan
tu yg saya amalkan dan alhamdulillah berkesan...
 
Back
Top
Log in Register