Jin Kebulur
Banned
- Messages
- 278
- Joined
- Jul 5, 2013
- Messages
- 278
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
masalah asal:
Aku nak kawen sebab tak dapat2 anak
lelaki yang dah berkahwin terutamanya
aku nak tanya sikit pasal poligami ni
kalau yang dah ada isteri 2, atau 3
boleh bagi pendapat yer,
sebab aku harap orang yang ada experience
menjawab persoalan aku ni,
perempuan yang bermadu pun boleh jawab
kalau tak keberatan kongsi
1. Firstly apa kena buat lepas decide nak kawin lain?
2. memang wajib dapat persetujuan bini pertama ke?
3. dari segi pembahagian nafkah macam belanja anak bini camane?
50% bini pertama 50% bini kedua ke?contoh aku bagi RM500 bini
PERTAMA wajib ke aku bagi Rm500 jugak bini kedua?kalau bagi
lebih boleh tak?
4. sistem giliran camane? seminggu, sebulan ke atau dalam seminggu 3 hari bini pertama 4 hari bini kedua?
5. dari segi layanan boleh ke lebihkan untuk bini baru?
setakat ini itu sahaja aku nak tahu ada tambahan aku update kemudian..
update no 1:
aku dah kawen sorang lagi tanpa bini pertama tau
harap aku tak kantoi sebab malas nak menjawab
bini kedua aku 23 tahun fresh graduate
ang bestnya dia pun tak tahu aku dah ada bini
sebab tu orang cakap pandai makan pandai simpan
Update no 2:
maaf dah lama sangat aku tak online
aku sangatlah sibuk dengan kerja dan rumahtangga
malam ni aku ada sedikit masa untuk online,
baiklah aku ceritakan kenapa aku cakap
yang nikmatnya poligami ni,
tapi sebelum tu aku nak korang tahu keburukan
cara aku mengamalkan poligami ni.
Disebabkan aku ni masih lagi merahsiakan
perkahwinan kedua dari bini pertama
ada beberapa masalah yang timbul,
yang paling kerap sebenarnya komunikasi
bini pertama aku panggil sayang@ayang
dan bini kedua aku panggil baby,
yang jadi masalahnya aku banyak kali tersasul
aku panggil bini pertama baby dan bini kedua sayang
penat juga sebenarnya sebab kadang2 bila otak tak fokus
tersasul panggil tu yang jadi, bini kedua respon ok
tapi bini pertama dia ada curiga sikit,
tapi ayat cover aku camni je
"ala sayang, abang nak romantik pun tak boleh"
kenyit2 mata sikit dah ok:">
masalah kedua dari segi masa tu
kalau nak cerita bab masa ni memang tak habis
seriusly aku selalu terlewat
contohnya bila janji dengan wife pertama
"yang abang sampai pukul 5".tup2 pukul 6 baru sampai
kesnya melayan wife kedua kol. Tutup cite bab masa ni
serius sangat pening.
Pernah aku cuba bagi hint macam adar ajar,
"sayang kalau abang nak kawin lagi sayang bagi tak"?
aku sambil tanya sambil gelak2 kecil
lepas tu dia tak jawab apa terus menangis
masa tu aku rasa agak kesian jugak dekat dia
yela dia tak tahu dia dah pun dimadukan.
Bila aku cakap aku gurau je
dia tanya aku balik dah tak ada benda lain ke nak gurau?
"ke abang dah ada orang lain"? terkejut jugak aku beb
aku cakap aku sayangkan dia. Payahnya nak jaga hati pempuan.
lastly aku decide belum tiba masanya nak bagitau dekat dia.
update no 4:
ramai sangat pempuan butthurt
macam korang lak bini2 aku
harap yang butthurt tolong ketepi ya
ini hidup aku, sapa korang
siap nak suruh aku bercerai bagai?
ini sebabnya kuasa talak/cerai letak pada suami
pempuan gagal mengawal emosi
hari2 laki kena cerai kalau mereka ada power tu
Update no 5:
malam ini aku balik rumah bini no 1
baik pulak bini aku malam ni
buang tabiat dah agaknya, kenapa?
boleh pulak dia yang jarang memasak
malam ni dia masak lauk fevret aku
tapi tak adalah aku sound dia direct
dalam hati aku gelakkan dia
mungkin dia takut aku cari lain kot
tadi pun siap teman aku makan
aduhai wahai isteri...
alangkah bagusnya kalau hari2 kau begini
tadi dia ajak aku tido tapi aku suruh dia tido dulu
ni aku sempat online kejap untuk cerita sikit
bab bini no 2 aku dah cover baik punya
aku cakap malam ni kena balik rumah lama
dah lama tak jenguk, dia tak syak bukan2
tak tanya banyak2 macam no 1 aku
seronok sangat dapat no 2 yang memahami
nikmat dunia. Syukran jazillah.
malam ni aku nak try cara sedih pulak
aku planning nak cairkan bini no 1
sampai dia izin aku kawen lagi 1
bini mana tak sayang suami yang menangis?
menangis sebab tak dapat anak sedih kan?
aku harap dia ubah sikit degil dia tu
harap2 dapat respon baik malam ni
kalau respon tak baik cakap sorang2 je aku malam ni
update terakhir:
aku rasa besar kemungkinan aku kantoi dengan no 2
tutup lubang gali lubang lain last2 tak cukup lubang nak gali
aku rasa macam dia syak sesuatu sebab aku tak balik rumah dia
aku terlupa nak sms dia sebenarnya, tadi bila dia tnya
aku tergagap menjawab, dia mintak handphone aku
tapi aku tak kasik, bnyk rahsia besar dalam tu wei
untuk redakan keadaan aku ajak dia kuar makan
dia tarik muncung sedepa cakap taknak
muka dah masam badmood dengan aku, tolong
apa aku nak buat ni??
Last edited:
