BTC USD 82,979.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tolong jawab soalan ni

Dalam John 14: 16-17, Nabi Isa berkata,
"And He shall give you another paracletos, that he may stay with you for ever" yang bermaksud "Aku meminta kepada Bapa dan Dia akan memberikan kepada mu seorang penolong yang lain."

2) Dalam John 15:26, "He will bear witness of me" yang bermaksud, "Jikalau penghibur yang aku utus daripada Bapa datang, ia bersaksi berkaitan dengan aku."

3) Dalam John 14:26, "He will bring to your remembrance all that I said to you" yang bermaksud, "Dia mengingatkan kamu semua yang aku katakan kepada mu."

Ayat- ayat ini menunjukkan seorang yang lain daripada Nabi Isa yang mengingatkan manusia ajaran sebenar beliau.

4) Wujud ajaran yang baru daripada Tuhan. Perkara ini disebutkan dalam Isaiah 42:9-12, "Behold, the former things are come to pass, and the new things do I declare: before thay spring forth I tell you of them. 'Sing unto the Lord a new song, and he his praise from the end of the earth'. Let the wilderness and the cities there of lift up their voices, the villages that Kedar doth inhabit: let the inhabitants of the rock sing, let them shout from the top of the mountains. Let them give glory unto the Lord, and declare His praise in the inlands."

Yang bermaksud, "...Sekarang aku memberitahu kamu hal-hal baru sebelum semua itu berlaku. Nyanyikan lagu baru bagi Tuhan, puji Dia, hai seluruh bumi! Puji Dia, hai laut dan semua isinya, bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang gurun dan kota-kotanya memuji Allah, hendaklah orang memuji Dia."

Al-Quran adalah 'nyanyian baru' daripada Tuhan. Ia wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul dalam bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi syariat dan peraturan yang baru, sesuai dengan suasana akhir zaman. Bahasanya adalah bahasa baru yang dapat difahami oleh manusia, bukannya bahasa klasik kuno yang tidak digunakan lagi oleh masyarakat masa kini. Nabi akhir zaman bernama Muhammad dan ia bermaksud 'Yang Terpuji'. Beliau pernah dipuji dengan gelaran 'al-Ameen' oleh golongan Quraisy dan bangsa Quraisy adalah daripada keturunan Kedar. Kesemua bukti ini menunjukkan kebenaran Nabi Muhammad sebagai rasul akhir zaman.

Di dalam Bible terdapat ayat-ayat yang menceritakan insiden di Gua Hira. Dalam The English Version of the Authorised Version of the Bible pada bab Isaiah 29:12 disebutkan,

"And the book is delivered, To him that is not learned, Saying, read this, I pray thee: And he saith, I am not learned."

Terjemahan mengikut Bible Indonesia al-Kitab terbitan 1993 adalah:

"Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan, "Baiklah baca ini," maka ia menjawab: "Aku tidak dapat membaca."

Nabi Muhammad adalah seorang yang ummi dan ummi bermaksud tidak tahu membaca dan menulis. Semasa beliau berumur 40 tahun, beliau bertapa di Gua Hira dan di situ beliau di datangi oleh malaikat dan disuruh membaca. Beliau menjawab, "Aku tidak tahu membaca." Selepas itu turunlah wahyu yang pertama dan antara isi-isinya adalah,

"Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu adalah yang Maha Mulia." (al-Alaq ayat 1-3)
Ayat-ayat bible yang dipaparkan ini selari dengan insiden yang berlaku ke atas Nabi Muhammad yang ummi semasa beliau berada di Gua Hira

Al-Qurtubi menceritakan bahawa Sayyidina ‘Umar Radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada ‘Abdullah bin Salam, seorang paderi Yahudi yang telah memeluk Islam, semasa diturunkan ayat yang bermaksud:

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui." (Al-Baqarah: 146)

Paderi Yahudi biasa mendapat wang dan sanjungan rakyat bawahannya. Mereka mengharap agar Nabi yang akan diutus itu diangkat dari kalangan mereka. Ketika Nabi Muhammad SAW diutus bukan dari kalangan Yahudi, mereka takut kehilangan sumber keuntungan, kedudukan dan pengaruh. Lalu mereka mengubah sifat-sifat Muhammad yang di kitab Taurat, dan mengumumkan kepada para pengikutnya dengan berkata. "Inilah sifat Nabi yang akan keluar di akhir zaman dan tidak sama dengan sifat Muhammad ini." (Diriwayatkan oleh at-Tsa’labi dari al-Kalbi, dari Abi Shaleh yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Paderi Yahudi yang mengubah kitab Allah itu akan dimasukkan ke dalam Neraka Wail. Penulis kitab, kitab dan hasil dari jualan kitab itu semuanya dimasukkan ke dalam Neraka Wail.

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." (Al-Baqarah: 79)
 
takde faedahnya berdebat dengan krisitian ni...
lantak pi dia la...

daripada nabi Ibrahim a.s ada dua anak Nabi Ishak a.s dan Nabi Ismail a.s

daripada keturunan Nabi Ishak la..muncul bangsa bani israil, keturunannya, nabi yaakub, yusuf, musa dan bangsa bani israil

daripada Nabi Ismail a.s, turun ke bangsa arab, dan Rasul terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

Kan kisah Rasulullah masa muda di pergi Syam tak silap aku dengan pakcik dia berniaga. Pastu ada pendita Nasrani beritahu Nabi Muhammad S.A.W ada tanda tanda kenabian. Mereka memang menunggu kedatangan rasul terakhir dan perkara ini diketahui oleh ahli kitab nasrani dan yahudi. Cuma orang yahudi menganggap Rasul terakhir daripada bangsa Yahudi. Tapi Allah taala turunkan pada bangsa Arab. Itu je yang kita sebagai orang Islam beriman dan kasih pada Rasulullah patut tahu. Cukup.

Lantak pi la krisitian ni... Mereka dengan agama mereka, kita dengan agama kita.

aku tak setuju
nanti kita orang islam dipanggil pengecut
 
dah tunjuk video sheikh ahmed deedat yg ade sebut perkataan 'Muhammad' dlm bible tu?

cuba je dulu
 
Back
Top
Log in Register