BTC USD 85,501.8 Gold USD 4,318.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Tolong Berantai"

abang mamak

Fun Poster
Messages
726
Joined
May 6, 2010
Messages
726
Reaction score
11
Points
15
ALOR SETAR: Bermodalkan RM250, orang ramai dikatakan mampu memperoleh pendapatan antara RM800 hingga RM1,600 seminggu dengan menyertai satu pelaburan dikenali sebagai ‘tolong berantai’ yang bergiat aktif di bandar raya ini.
Sindiket terbabit menampal iklan pelaburan itu di sekitar pusat bandar ini bagi menarik lebih ramai ahli menyertai pelaburan berkenaan. Tinjauan Harian Metro semalam mendapati banyak iklan pelaburan yang dikenali sebagai ‘tolong berantai’ itu dikesan menjadi tumpuan ramai selepas dikatakan mendapat pulangan menarik.


Wartawan Harian Metro menyamar dengan menghubungi nombor telefon bimbit tertera pada iklan itu diangkat seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Ina’ berusia awal 40-an mendakwa pelaburan itu bertujuan menolong mereka yang mengalami masalah kewangan.


Katanya, pelaburan itu dikenali sebagai ‘tolong berantai’ yang baru diperkenalkan di sini.


“Peserta tidak perlu menandatangani sebarang perjanjian dan bukan juga berbentuk ‘kutu’. Setiap ahli boleh mendapat pulangan lapan kali ganda dalam tempoh seminggu atau 10 hari dengan hanya membuat pelaburan RM250.


“Setiap ahli dikehendaki mencari dua ahli baru dengan setiap seorang membuat pelaburan RM250,” katanya di sini, semalam.


Ina berkata, ahli baru boleh membayar wang pelaburan terus kepadanya sama ada datang ke rumahnya di Kampung Gajah Mati, di sini atau membuat temu janji di tempat lain.


Ina yang mendakwa memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan itu kini mempunyai kira-kira 50 ahli yang bernaung di bawahnya terdiri daripada pelbagai usia.


Katanya, syaratnya cukup mudah iaitu pelabur diminta menyediakan wang tunai RM250, salinan Mykad dan nombor akaun bank yang akan dihantar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur.


Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah, Suhaimi Mat Sari berkata, skim itu dikenali sebagai ‘Head Hunter’ yang kemungkinan menyalahi peraturan.


“Kita akan siasat latar belakang syarikat terbabit dan jika didapati melanggar peraturan kami akan bertindak,” katanya.
 
modal rm 250 ni mcm pernah den dgr kat
forum Hai-O..
Budak CNI yg terdesak cari downline..
bla-bla-bla....~
pastu kena ban dgn Moderator..
tak gitu...
 
modal rm 250 ni mcm pernah den dgr kat
forum Hai-O..
Budak CNI yg terdesak cari downline..
bla-bla-bla....~
pastu kena ban dgn Moderator..
tak gitu...

rsnya la kot, sekarang mana laku dh ayat "usahawan","MLM","TAJA","NETWORKING","PAIRING" dan lain2.

banyak sekarang guna ayat "PELABURAN","SAVING","MODAL DISEDIAKAN","GUAREENTY" dan lain2.
 
sekrg bayar lah,sok2 ada yg menangis tak berlagu sok..
 
patut aku dok nampak iklan depa ni penuh kat serata trapik lite..huahua...mengalah buh arrow bunga manggar kawin aih..
 
ramai lg xsedar² dan xserik²...isk..isk..
 
xtaw dmana drg laburkan wang drg ney smpi dpt gitu byk,. sllu yg cepat duit ney,kgiatan haram jak,..uhuh
 
emmm...

dah banyak sgt 'program nak kaya cepat' skrg nie
dinasihatkan jgnlah terlibat coz terima deposit wang tanpa lesen adalah salah..BNM sedia tuk 'ngap' jer..
tak ada jalan short cut tuk senang
 
Aduh..pelik tol la diorg ni..tak serik2 nk menipu...
 
Back
Top
Log in Register