Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Huhu, ayat famous pak samy :-
"Asal tol naik sajjaa, you all kasi hentam sama saya. Apa? You ingat ini jallaan, tol summaa... bapak saya punya kaa?")
)
![]()
![]()
semua kena 'kencing' ngan samy bellu la, pusing sana pusing sini, pimai2 tang tu je, rakyat juga yang sengsara)

hahaha... dah tu jgn la jadi menteri lagi.. pegi undur diri le..)
hahaha... dah tu jgn la jadi menteri lagi.. pegi undur diri le..)
Tol: 4 kekal 6 naik -- Kabinet setuju kadar semasa lebuh raya utama dilanjutkan
Oleh: MUHAMAD ZAID ADNAN
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Kabinet hari ini bersetuju untuk mengekalkan kadar tol di empat buah lebuh raya termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan Jambatan Pulau Pinang pada tahun depan.
Dua lagi lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh raya Bertingkat Ampang-Hulu Klang (Prolintas) dan Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)-Kerinchi serta Damansara Link.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, berikutan keputusan Kabinet itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM242 juta kepada empat pemegang konsesi lebuh raya berkenaan.
Bagaimanapun, kata Samy Vellu, kadar tol di enam lebuh raya lain akan dinaikkan mengikut perjanjian konsesi.
Lebuh raya itu adalah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam.
“Kadar minimum bagi kenaikan tersebut adalah tujuh peratus dan maksimum 50 peratus,’’ katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Syed Jamal Syed Jaafar Shahabudin.
Beliau berkata, keputusan Kabinet untuk mengekalkan kadar tol di empat lebuh raya itu adalah kerana ia merupakan laluan utama dan digunakan ramai rakyat setiap hari.
Katanya, kerajaan tidak mahu membebankan pengguna yang banyak menggunakan lebuh raya tersebut dan bukan disebabkan faktor pilihan raya umum semakin hampir.
Jika faktor pilihan raya dijadikan asas, kata Samy Vellu, semua lebuh raya akan dibuka secara percuma.
Beliau berkata, keputusan mengekalkan kadar tol itu juga adalah bagi tempoh tahun depan sahaja dan pihaknya akan membuat kajian sama ada sebarang kenaikan tol selepas itu akan menjejaskan pengguna.
Mengenai enam lebuh raya yang dinaikkan kadar tol, beliau berkata, lebuh raya itu tidak mempunyai kadar trafik yang tinggi dan kenaikan itu tidak akan melibatkan ramai pengguna.
Sebagai contoh, katanya, hanya 16,000 pengguna yang menggunakan Linkedua setiap hari manakala Tambak Johor banyak menerima kenderaan dari Singapura.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga perlu membayar pampasan sebanyak RM75 juta lagi kepada syarikat konsesi Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) bagi tahun 2008 kerana kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60 pada tahun lalu.
Selain itu, jelas beliau, kerajaan juga perlu membayar sebanyak RM27 juta kepada Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) bagi tempoh 2005 hingga 2007.
“Dengan itu, keseluruhan pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya adalah sebanyak RM344 juta,’’ katanya.
sapa tak nampak yg besaq tu sah KARAT BIRU laa tuu![]()