BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tol sudah wajar dihapuskan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
1. Rakyat kononnya digembirakan dengan pengumuman tol yang tidak dinaikkan. Tetapi sebenarnya ia berita buruk kerana kerajaan terpaksa menggunakan duit rakyat juga untuk membayar pampasan kepada syarikat konsesi. Ertinya syarikat konsesi tetap untung dan rakyat juga terpaksa menanggung secara tidak langsung. Bukan sahaja syarikat konsesi untung menerusi pampasan tetapi mereka juga telah mendapat untung berganda daripada servis jalan raya yang melibatkan keperluan rakyat.

2. Rakyat berhak menuntut bukan sekadar kadar tol tidak dinaikkan tetapi sebaliknya diturunkan dan seterusnya dihapuskan kerana syarikat konsesi telah mengutip laba berganda yang tidak pernah rugi kerana perniagaan jalan bertol ini.

3. Hal ini kerana perniagaan lebuh raya bertol adalah perniagaan perkhidmatan seperti perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Digi, Celcom, Yes4G dan Umobile. Ia mendatangkan profit margin (jurang keuntungan) yang tinggi. Menurut laporan kewangan 2013 Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara - Puchong [LDP] dan Sprint, profit margin menghampiri 49 peratus. Menurut Maybank Investment Bank Research, Kesas juga mencapai keuntungan pula mencecah 121 peratus secara cumulative annual growth rate atau CAGR daripada 2008 ke 2012.

4. Lebih daripada itu, pertambahan pengguna jalan bertol yang semakin meningkat bererti keuntungan yang sentiasa meningkat dan bertambah tanpa risiko kerugian.

6. Jika sebelum ini rakyat mempunyai alternatif memilih jalan tidak bertol untuk sampai ke destinasi tapi tidak lagi pada hari ini. Lebuh raya bertol bukan satu pilihan mewah untuk rakyat tetapi adalah satu keperluan bagi mengelakkan kesesakan, menjimatkan masa dan kos penggunaan minyak. Malah lebuh raya bertol sendiri pun sesak apatah lagi jalan biasa.

7. Maka bagi satu perniagaan perkhidmatan yang mendapat jumlah pelanggan yang semakin bertambah, bukankah sepatutnya kadar tol semakin dikurangkan?

8. Dalam keadaan rakyat memerlukan lebuhraya bertol, ada pihak yang mengaut keuntungan berganda. Derita rakyat semakin bertambah. Harga minyak bertambah mahal. Lebuh raya pula semakin sesak. Kadar harga tol kekal. Syarikat konsesi pula mendapat pampasan keuntungan kerana tidak menaikkan tol. Duit rakyat terpaksa dibelanjakan untuk pampasan.

9. Atas alasan-alasan tersebut, maka memberi pampasan kerana tidak menaikkan tol hanyalah bertujuan untuk mengkayakan golongan tertentu secara melampau atas derita keperluan rakyat. Tol sepatutnya dihapuskan setelah syarikat konsesi mendapat keuntungan berganda daripada perniagaannya.

10. Perjanjian konsesi membolehkan syarikat memohon kenaikan tol tetapi atas sifat kerajaan yang mempunyai saham majoriti dalam syarikat konsesi, kerajaan boleh mengambil alih syarikat konsesi seterusnya membatalkan perjanjian.

11. Apapun, perjanjian konsesi yang tidak adil bagi rakyat ini berpunca daripada kegagalan kerajaan BN memperhalusi perjanjian konsesi sehingga merugikan rakyat. Maka kerajaan BN perlu dipertanggungjawabkan oleh rakyat atas ketidaktelitian ini.

12. Mengimbau sejarah kerajaan Saba' antara nikmat ALLAH yang dirasai oleh rakyat ialah lebuh raya aman membahagiakan yang menyingkatkan jarak dan masa perjalanan antara Yaman di selatan dan Syam di utara. ALLAH berfirman:

وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْقُرَى الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا ْقُرَى ظَاهِرَةً وَقَدَّرْنَا فِيهَا السَّيْرَ سِيرُوا فِيهَا لَيَالِيَ وَأَيَّامًا آمِنِينَ

Maksudnya: "Dan Kami jadikan antara mereka (Yaman) dan negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya (Syam), beberapa negeri yang muncul dan Kami singkatkan antara negeri negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan dengan aman." Surah Saba' ayat 18.


Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus




SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/tol-sudah-wajar-dihapuskan-1.249470
 
klu dihapuskan...defisit nnt makin naik la eh?
 
sape plak nk buat maintenance
skang pun ada gak jalan berlobang
 
sape plak nk buat maintenance
skang pun ada gak jalan berlobang

betul jugak kan. Pada ambe ... elok dikurangkan ... jgn dihapuskan. Dari singgit, jadi 20 sen ke. Dari 60 sen, jadi 10 sen ke. Ok kot. Tak yah wat lane tunai. Semua guna smarttag atau touch n go.
 
tol nak hapus agak sukar la..tp kalau dapat kurangkan kadar..mungkin boleh..
sbb kalau terus hapuskan tol..sapa nak selenggara jalan tu
kecuali dah abis konsesi..lain citer laa
 
sape plak nk buat maintenance
skang pun ada gak jalan berlobang

semalam masa berhenti kat RnR, saya pun terfikir benda ni..kalau dihapuskan, sape nak jaga kebersihan RnR tu?lubang2 kat highway sape nak buat maintenance?

so, tol xperlu dihapuskan..tapi dikurangkan.:D

tiap2 kali balik tol dari KLIA - Kuala Kangsar Rm36.40 sehala..minyak pulak sampai Kelantan RM90 sehala#:-S
 
betul jugak kan. Pada ambe ... elok dikurangkan ... jgn dihapuskan. Dari singgit, jadi 20 sen ke. Dari 60 sen, jadi 10 sen ke. Ok kot. Tak yah wat lane tunai. Semua guna smarttag atau touch n go.

kalau xkan naik sampai bila2 pun dah kira bagus,tp diorg hanya PK untung je utk sampai bila2.
 
pengguna kenderaan makin ramai..patutnya tol RM1 untuk 1Malaysia..
 
Std la tu nak tolong kroni nanti kroni dan yg dok tadah tangan tu miss soru kat obersea.
 
Back
Top
Log in Register