BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tol kekal hingga 2015

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KUALA LUMPUR 16 Nov. – Pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd (PEB) oleh UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi laluan kepada kadar tol yang lebih baik kepada pengguna dan penjimatan RM6.5 bilion bagi kerajaan.

UEM Group dan KWSP hari ini mengumumkan yang mereka bersetuju untuk menyemak semula terma perjanjian konsesi tol dengan kerajaan, di mana tiada kenaikan tol di empat lebuh raya sehingga 2015 dan kerajaan tidak akan membuat sebarang pembayaran ganti rugi.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris berkata, empat lebuh raya berkenaan adalah Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh raya Link Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE).

Beliau berkata, mulai 2016, kenaikan kadar tol di empat lebuh raya ini akan ditetapkan pada lima peratus setiap tiga tahun manakala Jambatan Pulau Pinang akan kekal sebagaimana bayaran semasa sehingga akhir tempoh konsesi.

Pada masa ini, kenaikan tol adalah PLUS (10 peratus setiap tiga tahun); ELITE (10 peratus setiap tiga tahun); Linkedua (25 peratus setiap lima tahun); BKE (15-25 peratus setiap lima tahun); dan Jambatan Pulau Pinang (10 peratus setiap lima tahun).

Pada taklimat media dan sidang akhbar mengenai cadangan pemerolehan itu di sini hari ini, Izzaddin berkata, PEB juga akan mengecualikan RM2.9 bilion dalam baki ganti rugi tertunggak semasa dan pembekuan kenaikan tol sehingga 2015, yang akan sebaliknya menyebabkan kerajaan menanggung RM3.6 bilion.

Pembekuan kenaikan tol diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas.

Tiada lanjutan tempoh konsesi bagi PLUS dan Linkedua yang akan berakhir pada Disember 2038, kata beliau.

Bagaimanapun, tempoh konsesi bagi ELITE, BKE dan Jambatan Pulau Pinang akan dilanjutkan kepada Disember 2038.

Tarikh tamat tempoh semasa ialah - ELITE (31 Mei 2030); BKE (27 Jun 2026); dan Jambatan Pulau Pinang (31 Dis. 2021).

Beliau berkata UEM dan KWSP juga dijangka menyelesaikan pemerolehan dan pemegang saham minoriti PEB akan menerima pembayaran mereka pada 31 Disember tahun ini.

Apabila selesai kelak, UEM akan memiliki 51 peratus perantara tujuan khas untuk pemerolehan berkenaan, PLUS Malaysia, manakala KWSP 49 peratus. – BERNAMA
 
Beliau berkata, mulai 2016, kenaikan kadar tol di empat lebuh raya ini akan ditetapkan pada lima peratus setiap tiga tahun manakala Jambatan Pulau Pinang akan kekal sebagaimana bayaran semasa sehingga akhir tempoh konsesi.

Ingat nak kurang kan lagi ker kalau dah takleh nak mansuh. Caj sikit2 da ler habuan utk maintenance. Huhu..
 
PLUS jadi sandaran



KUALA LUMPUR 16 Nov. - UEM Group Bhd. (UEM) mempertaruhkan peningkatan aliran trafik di kesemua lebuh raya kendalian Projek Lebuh raya Usahasama Bhd. (PLUS Bhd.) untuk membolehkannya menampung perbelanjaan modal dan operasi syarikat pada masa akan datang.

PLUS Bhd. adalah anak syarikat milik penuh PLUS Malaysia, syarikat yang ditubuh khas sebagai jentera pelabur UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas mengambil alih aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd. (PEB).

UEM menguasai 51 peratus kepentingan di dalam PLUS Malaysia manakala bakinya pula dimiliki KWSP.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM, Datuk Mohd. Izzaddin Idris berkata, lebuh raya-lebuh raya kendalian PLUS masih mempunyai kapasiti untuk menampung peningkatan aliran trafik.

"Selepas berlaku semakan semula perjanjian konsesi, kadar kenaikan tol mulai 2016 telah dikurangkan kepada lima peratus berbanding 10 peratus hingga 25 peratus sebelum ini dan sehingga 2015, kenaikan telah dibekukan.

''Bagaimanapun, pada masa yang sama, kami juga memerlukan modal untuk operasi dan pengurusan, jadi dengan menjangkakan berlakunya pertambahan aliran trafik, UEM harap ia mampu menyokong perbelanjaan semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS Bhd," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan terma semakan semula perjanjian konsesi lima lebuh raya kendalian PLUS Bhd iaitu Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh raya Lingkaran Tengah (ELITE), Lintasan Kedua Malaysia- Singapura (Linkedua) dan Lebuh raya Butterworth- Kulim (KLBK) serta Jambatan Pulau Pinang.

"Kami mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan untuk semakan semula ini bagi meminimakan kenaikan kadar tol dan mencapai satu struktur tol yang munasabah.

Selain itu, semakan ini dapat mengurangkan beban kerajaan dalam pampasan tol, memastikan kepentingan pemberi pinjaman terpelihara dan mengelakkan impak terhadap pasaran modal hutang serta memastikan pampasan yang adil kepada pemegang ekuiti," kata beliau.

Menurut Izzaddin, selepas semakan perjanjian konsesi itu, PLUS Malaysia dijangka menyelesaikan pengambilan alih aset dan liabiliti PEB yang bernilai RM23 bilion pada Disember ini.

Selepas pengambilan alih selesai, PEB perlu mengagihkan dana kepada pemegang sahamnya menerusi Cadangan Dividen Khas dan Pengurangan Terpilih sebelum dinyah senarai daripada Papan Utama Bursa Malaysia.

Namun begitu, menurut Izzaddin, struktur pekerja dan pengurusan syarikat tidak akan berubah manakala pengurusan dan operasi harian akan terus diterajui Pengarah Urusan PEB, Datuk Noorizah Abdul Hamid.

Minggu lalu, UEM dan KWSP bersetuju untuk membayar dividen berjumlah RM106.7 juta kepada semua pemegang saham PEB sebagai tambahan kepada tawaran pembelian berjumlah RM23 bilion.

Jelas Izzaddin, dengan pengambilan alih PEB, hutang UEM yang ketika ini berjumlah RM11 bilion akan meningkat kepada kira-kira RM33 bilion dan konglomerat tersebut akan menstruktur kewangannya melalui pembiayaan semula.

"Pengumuman mengenainya akan diumum tidak lama lagi, buat masa ini saya tidak tahu sama ada ia bon ataupun pembiayaan Islam," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Pasaran Modal KWSP, Rohaya Mohammad berkata, agensi itu menjangkakan pulangan sekurang-kurangnya 10 peratus setahun hasil daripada pelaburan di dalam PLUS Malaysia.
 
nak pilihanraya biasa lah.. hehehe.. teruskan berkempen.. tau doh mu menang agi kali ni..
 
confirm... hadiah sblm PRU la ni. amik je.. jgn sekali2 tolak. tp undi tu rahsia la hehe
 
aku ingat la kata mantan mahathir...
waktu mula2 plus diwujudkan...
dia kata tol ni hanya sementara waktu sahaja...
utk cover hutang pembinaan highway...
bila hutang dh setel br xde tol...
tp klu di fikir2kn dh dkt 20thn dh highway tol plus ni ada...
xkan xsetel2 ag hutang...
 
nak bantu syrkt kroni camni laa
wat bisnes..kerajaan bagi soft loan...
kemudian kutip untung dr rakyat yg byr tol...

senang betul bisnes camni kan...

x ada modal pun x per...janji ada projek..dpt tender..gadai tender dgn bank...
duit loan..kutip dr rakyat.....
tiap2 tahun..umum keuntungan ratusan juta..

agak2 bisnes apa yg untung setiap tahun ratusan juta..?????
 
Back
Top
Log in Register