BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tol: Dilema rakyat

miXxer

Legendary Member
gem
Messages
13,250
Joined
Nov 12, 2007
Messages
13,250
Reaction score
63
Points
120
Shahrir cadang kerajaan beli saham Plus elak tol naik/
Tol: Dilema rakyat dan rasional kerajaan


Detikdaily
Shahrir cadang kerajaan beli saham Plus elak tol naik
Posted on Sunday, November 25 @ 21:37:38 EST by reformis
Berita JOHOR BAHARU, 25 Nov (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Datuk Shahrir Abdul Samad menyarankan kerajaan membeli keseluruhan pegangan saham Plus Expressway Berhad (Plus) sebagai langkah mengelakkan kadar kenaikan tol lebuh raya.

Katanya pembelian saham itu sekaligus menjadikan aset Plus sebagai aset awam yang merupakan langkah terbaik bagi mengelak bebanan kerajaan kemungkinan terus terpaksa membayar pampasan kepada pemegang konsesi tol jika caj tidak dinaikkan serta beban rakyat untuk membayar caj sekiranya tol dinaikkan.

"Pada saya kalau kita tengok umumnya, adalah lebih baik sekiranya kerajaan membeli saham Plus. Jadi tol tidak naik kerana konsesi terbatal dan tol yang dikutip itu hanya ditumpu bagi tujuan penyelenggaraan lebuh raya sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma darah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu di Dewan Rakyat, Khamis lepas bahawa kerajaan perlu membayar pampasan RM380 juta kepada pemegang konsesi tol jika mereka tidak dibenarkan menaikkan caj tol pada tahun depan.

Shahrir yang juga anggota parlimen Johor Baharu berkata pembelian aset Plus itu juga perlu dilakukan kerajaan bagi menjayakan rancangan penstrukturan semula subsidi dan sebagai permulaan pembelian aset Plus itu harus dibuat secara berperingkat.

"Buat permulaan, kerajaan mungkin boleh membeli Lebuhraya Utara-Selatan sebelum seterusnya Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan sebagainya.

"Apabila Plus menjadi aset awam maka tempoh pulangan pinjaman kepada bank dapat dilanjutkan dalam tempoh yang panjang berbanding sektor swasta yang singkat. Maka sektor swasta tidak menanggung beban bayaran pinjaman dan rakyat seterusnya juga tidak perlu lagi menanggung beban kenaikan tol," katanya.

Samy Vellu pada persidangan Dewan Rakyat memberitahu bahawa lapan syarikat konsesi lebuh raya dijadual menaikkan kadar tol masing-masing pada 1 Januari tahun depan sementara sebuah lagi syarikat pada 1 Okt 2008.

Pampasan sebanyak RM75 juta telah diberikan kepada pengendali lebuh raya, LITRAK di Kuala Lumpur berikutan keputusan mengurangkan kadar tol lebuh raya berkenaan daripada RM2.20 kepada RM1.60 sebagaimana yang diluluskan pada tahun ini.

Projek konsesi yang terlibat dalam isu kenaikan tol ialah lebuh raya bertingkat Ampang (RM28 juta), Lebuhraya Elite (RM18 juta), Lebuhraya Utara-Selatan termasuk rangkaian Seremban-Port Dickson (RM178 juta), Kulim-Butterworth Expressway (RM10 juta), Linkedua ke Singapura (RM6 juta) Lebuhraya Barat Kuala Lumpur (RM34 juta), New Klang Valley Expressway (RM9 juta) dan Jambatan Pulau Pinang (RM22 juta).

Any thoughts.. guys:-?
 
Sandiwara...sandiwara...
Tak habis2 buat hal...
Ngabiskan duit rakyat....
Hmmmmm... :-w
 
Agak-agak kutipan tol dekat sungai besi sahaja berapa satu hari.......? itu satu tempat...kalu satu malaysia....? masih tak untung lagi ke sampai nak kena naikkan tol...?
 
kete makin lama makin byk...xkan xkaya lagi kot...nak jugak naik lagi tol..

camni jom kita duk kat KG ATAS TOL..kompim selamat
 
arghhhh..sembang jer lebey..ntah ape la yg dibuat diorang kat dlm tu..hurmmm
 
Shahrir cadang kerajaan beli saham Plus elak tol naik/
Tol: Dilema rakyat dan rasional kerajaan


Detikdaily
Shahrir cadang kerajaan beli saham Plus elak tol naik
Posted on Sunday, November 25 @ 21:37:38 EST by reformis
Berita JOHOR BAHARU, 25 Nov (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Datuk Shahrir Abdul Samad menyarankan kerajaan membeli keseluruhan pegangan saham Plus Expressway Berhad (Plus) sebagai langkah mengelakkan kadar kenaikan tol lebuh raya.

Katanya pembelian saham itu sekaligus menjadikan aset Plus sebagai aset awam yang merupakan langkah terbaik bagi mengelak bebanan kerajaan kemungkinan terus terpaksa membayar pampasan kepada pemegang konsesi tol jika caj tidak dinaikkan serta beban rakyat untuk membayar caj sekiranya tol dinaikkan.

"Pada saya kalau kita tengok umumnya, adalah lebih baik sekiranya kerajaan membeli saham Plus. Jadi tol tidak naik kerana konsesi terbatal dan tol yang dikutip itu hanya ditumpu bagi tujuan penyelenggaraan lebuh raya sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma darah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu di Dewan Rakyat, Khamis lepas bahawa kerajaan perlu membayar pampasan RM380 juta kepada pemegang konsesi tol jika mereka tidak dibenarkan menaikkan caj tol pada tahun depan.

Shahrir yang juga anggota parlimen Johor Baharu berkata pembelian aset Plus itu juga perlu dilakukan kerajaan bagi menjayakan rancangan penstrukturan semula subsidi dan sebagai permulaan pembelian aset Plus itu harus dibuat secara berperingkat.

"Buat permulaan, kerajaan mungkin boleh membeli Lebuhraya Utara-Selatan sebelum seterusnya Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan sebagainya.

"Apabila Plus menjadi aset awam maka tempoh pulangan pinjaman kepada bank dapat dilanjutkan dalam tempoh yang panjang berbanding sektor swasta yang singkat. Maka sektor swasta tidak menanggung beban bayaran pinjaman dan rakyat seterusnya juga tidak perlu lagi menanggung beban kenaikan tol," katanya.

Samy Vellu pada persidangan Dewan Rakyat memberitahu bahawa lapan syarikat konsesi lebuh raya dijadual menaikkan kadar tol masing-masing pada 1 Januari tahun depan sementara sebuah lagi syarikat pada 1 Okt 2008.

Pampasan sebanyak RM75 juta telah diberikan kepada pengendali lebuh raya, LITRAK di Kuala Lumpur berikutan keputusan mengurangkan kadar tol lebuh raya berkenaan daripada RM2.20 kepada RM1.60 sebagaimana yang diluluskan pada tahun ini.

Projek konsesi yang terlibat dalam isu kenaikan tol ialah lebuh raya bertingkat Ampang (RM28 juta), Lebuhraya Elite (RM18 juta), Lebuhraya Utara-Selatan termasuk rangkaian Seremban-Port Dickson (RM178 juta), Kulim-Butterworth Expressway (RM10 juta), Linkedua ke Singapura (RM6 juta) Lebuhraya Barat Kuala Lumpur (RM34 juta), New Klang Valley Expressway (RM9 juta) dan Jambatan Pulau Pinang (RM22 juta).

Any thoughts.. guys:-?

Cadangan yang sangat baik...kalau kerajaan setuju nak beli pegangan saham lebuhraya ni...Tapi korang fikir dia orang setuju ke ngan cadangan tu..? Mungkin tidak, sebab kena jaga poket kroni dia orang tu.
 
Cam x logik kalau kerajaan nak ikut cakap Datuk Sharir tu..
 
kalo nak diikutkan diorang tak rugi aih smpai terpaksa naikkan harga tol..

untung banyak lagi ade..yang terbeban rakyat cam kita
 
patutnya makin lama tol makin murah sebab dah dapat cover belanja pembinaan highway. Takkan selama-lamanyer nak kena bayar. satu hari berape juta kereta yg masuk highway
 
banyaknyer

Projek konsesi yang terlibat dalam isu kenaikan tol ialah lebuh raya bertingkat Ampang (RM28 juta), Lebuhraya Elite (RM18 juta), Lebuhraya Utara-Selatan termasuk rangkaian Seremban-Port Dickson (RM178 juta), Kulim-Butterworth Expressway (RM10 juta), Linkedua ke Singapura (RM6 juta) Lebuhraya Barat Kuala Lumpur (RM34 juta), New Klang Valley Expressway (RM9 juta) dan Jambatan Pulau Pinang (RM22 juta).
Lebuhraya Utara-Selatan termasuk rangkaian Seremban-Port Dickson (RM178 juta)..pelik dah berjuta2 kereta ulang-alik masih nak up ker:(scam ..pelik semua nak naikkan tol! kerajaan pulak kena tampung..tapi kita semua tak tahu ape yang terselindung..hehehe duit extra tuh siapa dapat? kerajaan, bank beri pinjaman, pihak konsesi @ siapa :-?
 
Back
Top
Log in Register