BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tokoh Sastera Mana Sikana Dinobat Sasterawan Negara Ke-16

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
99a76298419c2b569743c4a249b131bd69f0482b5c0b3

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bercakap pada sidang media Anugerah Sastera Negara ke-16 di Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang merupakan Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan (kiri) dan Ketua Pengarah DBP Dr Hazami Jahari.


Tokoh sastera negara Allahyarham Dr Abdul Rahman Napiah atau nama penanya Mana Sikana dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-16, sekali gus dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pemilihan berkenaan dibuat berdasarkan ketokohan beliau sebagai sasterawan yang prolifik dan konsisten menghasilkan karya kreatif bermutu tinggi sepanjang kerjayanya.

Beliau berkata sumbangan Abdul Rahman merangkumi pelbagai genre, termasuk cerpen, novel dan drama yang sarat dengan pemikiran kritis, nilai kemanusiaan serta kepekaan terhadap realiti sosial.

“Karya beliau sering menampilkan pendekatan yang berani dan inovatif, sekali gus memperkayakan bentuk serta estetika penceritaan dalam kesusasteraan Melayu moden," katanya dalam sidang media berkenaan anugerah itu di sini hari ini.

Abdul Rahman meninggal dunia pada 26 Mei 2025 akibat komplikasi jantung.

Fadhlina selaku Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara Ke-16, berkata keputusan panel berhubung pemilihan penerima Anugerah Sastera Negara Ke-16 itu telah dibuat pada 14 April 2025, namun Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah pada 26 Mei 2025, iaitu selepas keputusan penilaian dimuktamadkan.

“Dalam hal ini, penting untuk ditegaskan bahawa asas penilaian Anugerah Sastera Negara adalah terhadap sumbangan karya dan pemikiran tokoh sepanjang hayatnya.

“Walaupun jasad tokoh telah tiada, karya dan pemikiran yang ditinggalkan akan terus hidup dan memberi manfaat kepada masyarakat serta generasi akan datang sebagai khazanah ilmu dan budaya bangsa,” katanya

Sehubungan itu, beliau berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Jan lepas telah meluluskan pindaan terhadap Tatacara Kerja Anugerah Sastera Negara, membolehkan calon yang meninggal dunia dalam tempoh penilaian atau pemilihan masih layak dinilai dan dipertimbangkan untuk menerima anugerah berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register