BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tokoh Korporat, Veteran Politik Megat Najmuddin Meninggal Dunia

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
423a983bfaa679e36e6ca2782098b0f7693d8cf407bc7

Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas. (Gambar Fail)

Tokoh korporat dan veteran politik Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas meninggal dunia akibat kanser pada usia 81 tahun, malam ini.

Berita pemergian itu disahkan keluarga rapat Allahyarham, Shafinaz Suhaimi ketika dihubungi Bernama.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada 9 pagi esok bagi urusan pengurusan jenazah dan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Terdahulu, berita pemergian Allahyarham dikongsikan anak saudaranya Puteri Kamaliah Megat Abu Bakar menerusi Facebook dan difahamkan arwah meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Megat Najmuddin pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelana Jaya, Selangor selama dua penggal sejak 1986 selain pernah dilantik sebagai Anggota Lembaga Disiplin UMNO dan Pengerusi Lembaga Tatatertib Bersatu.

Selain bidang politik, beliau juga pernah memegang jawatan utama dalam sektor korporat termasuk Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Farm Fresh Berhad, Pengerusi Asian Pac Holdings Berhad dan Pengerusi Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas Sime Darby Plantation Berhad.

 
Back
Top
Log in Register