Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.
Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.
Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat.
Salam, saya tertarik dengan thread ini, terus tersentap sayu hati saya apabila membaca thread ini. Al-fatihah Tokku Pulau manis..
Izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan saya tentang Tokku Pulau Manis. Semoga bermanfaat untuk kita semua untuk mencari keredhaannya.
Tokku Pulau Manis ini dilahirkan di Kuala Berang, semasa tu Kuala Berang ni macam ibu negeri Terengganu lah. Pusat pemerintahan Terengganu berada di Kuala Berang. Ayah Tokku Pulau Manis ni, Syarif Abdullah ataupun Tok Pauh. Makamnya ada di Kg Pauh. Tentang keturunan Tokku Pulau Manis ni banyak versi yang ada tapi saya lebih bersetuju dengan versi keturunan Syarif Muhammad Al-Baghdadi Al-Kamil yang tulis batu bersurat Terengganu. Kisah awal kesultanan Terengganu ni ada hubung kait dengan Merah Silu yang pernah mengadap Khalifah Syarif Muhammad satu masa dahulu. Sebelum Tokku Pulau Manis serah kesultanan Terengganu ke anak murid dia, Sultan Zainal Abidin. Yang ni cukuplah setakat ini saya ulas..
Benarlah waliallah ni banyak karamah yang dkurniakan. Antara karamah yang pernah diceritakan kepada saya ialah Tokku Pulau Manis ni mampu lipat bumi semasa berumur 12 tahun. Lipat bumi ni bahasa orang melayu kita, kira macam jumper cerita orang putih tu. Tokku pernah dari mekah balik ke kg pauh untuk ambil durian dan kemudian menjamu guru dan rakan seperguruannya di mekah dalam sekelip mata. Pasal kekeliruan Tokku Pulau Manis dan Tokku Paloh ni pula, sebenarnya mereka ni dari 2 zaman berbeza dan tiada hubungan kekeluargaan yang terus tetapi bertemu di Saidina Ali. Kerana Tokku Pulau Manis bernasabkan Saidina Hasan menakala Tokku Paloh bernasab Saidina Husin.. Diceritakan juga, mereka berdua ni pernah bertemu secara kerohanian untuk Tokku Pulau Manis menyerahkan Terengganu kepada Tokku Paloh. Yang ni setakat ini juga saya ulas..
Berkenaan keturunan Tokku Pulau manis merata di seluruh negara tapi kebanyakannya berada di sekitar Serada, Pengadang Baru, Bukit Payong, Tasek, Bukit Bayas.. Manakala keturunan Tok Pauh ramai di Kg Pauh, Kg Gaung dan Kg Telaga di Kuala Berang..
Engkaulah ulama engkaulah raja engkaulah pejuang agama di bumi Allah ini.. Al-Fatihah untuk Syarif Abdul Malek Syarif Abdullah.....