BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tok Kenali

hgt422007

Active Member
Messages
1,364
Joined
Feb 28, 2008
Messages
1,364
Reaction score
155
Points
33
Tok Kenali atau nama sebenarnya, Muhamad Yusof bin Ahmad Al-Kenali dilahirkan pada tahun 1868 di Kubang Kerian, Kota Bahru. Bapanya meninggal dunia ketika Tok Kenali berusia 5 tahun. Beliau mula belajar membaca dan menulis Al-Quran daripada Tok Lih, datuk kandungnya. Pada usia 10 tahun, Tok Kenali berpindah ke Kota Bahru dan mempelajari bahasa Arab daripada seorang guru yang bernama Ismail. Di antara guru-guru Tok Kenali adalah Ahmad bin Mohd Zain bin Mustaffa al-Fatani dan Syeikh Daud Abdullah Fatani.


Tok Kenali mengahwini Mek Nik Haji Salleh Janggut ketika berumur 16 tahun tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan selama setahun. Beliau kemudian mengahwini Hajah Rokiah Haji Mahmud dan telah dikurniakan 4 orang anak, iaitu Hj. Ahmad, Hj. Mohd. Salleh, Haji Mahmud dan Haji Abdullah Zawawi. Pada usia 18 tahun, beliau telah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji dan menyambung pengajiannya dalam ajaran Islam dan hanya kembali ke tanah air pada tahun 1908 setelah mencecah usia 40 tahun. Pada mulanya beliau hanya mengajar di rumahnya dan kemudian ke rumah-rumah lain di Kampung Paya, Kelantan.



Beliau juga turut mengajar di Masjid Al-Muhammadi, Kota Bahru. Di antara pelajar-pelajarnya adalah Yaakob Legur, Haji Ali Salehuddin, Haji Othman Jalaluddin Sering, Abdullah Tahir dan Mohammad Undang. Sepanjang kariernya, beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Ahli Majlis Ulama Kelantan, Ahli Majlis Agama Islam, Ahli Adat Istiadat Melayu Kelantan, Ketua Pengajian Islam di Kelantan, Ketua Pengarang Majalah Pengasuh serta pengasas Jam’ayatul Al’ Asriyah di Kota Bahru. Karya-karya kesusasteraan Tok Kenali termasuk Kadi Yang Pintar, Helah Yang Baik, Pengetahuan Manusia Terbatas, Kuasailah Pengetahuan Agama dan Politik, Bertanya Yang Tahu, Ilmu Itu Apa Yang Terguris Dalam Hati, Ilmu Yang Tidak Diamalkan, Hanya Untuk Menyedapkan dan Awang Hidup Melintang. Tok Kenali meninggal dunia pada 19 November 1933 pada usia 65 tahun.
 
kalau x silap..bob lokman tu adalah cucu beliau..or cicit..
 
Ustaz Ridwan yang pernah mengajar di MRSM Pengkalan Chepa adalah salah seorang cucunya, banyak juga saya sempat mendengar tentang Tok Kenali dari mulut Beliau...
 
sesungguhnya beliau adalah wali yang tersohor.. al fatihah untuk beliau..
 
orang yang sama, cuma bersarong pakaian lain, anak cucu tok kenali merata tempat ada cuma mereka dikenali dan tak dikenali bezanya. kekadang ramai nak mengaku dia keturunan itulah inilah tapi bila di uji baru tahu langit tinggi rendahnya camana.
 
erm...
bakal abang ipar aku cicit Tok Kenali...
dari perwatakan, mmg baik, alim, and sopan...
syukurlah kakak aku dapat bakal suami macam tu...
InsyaAllah xde aral melintang, bulan 12 ni diorang nikah...
warga CG jemputla datang ye nnt...
 
mana nak cari buku2 dia tu eh? ssh la nak cari buku2 sebelum merdeka kan?
 
Back
Top
Log in Register