BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TNB: meter digital etc

pertiwi

Super Active Member
Messages
6,131
Joined
Dec 8, 2010
Messages
6,131
Reaction score
30
Points
70
SOALAN LAZIM MENGENAI PROGRAM PENGGANTIAN METER LAMA / RUTIN



Mengapa program rutin penggantian meter dilaksanakan?

· meter didapati rosak

· meter telah melampaui jangka hayat 15 tahun – ini adalah program rutin penggantian meter

· berlakunya usikan pepasangan meter atau meter installation tampering

Mengapa terdapat kekeliruan antara program penggantian meter lama/rutin dan penukaran meter disebabkan usikan pepasangan meter?

Kekeliruan berpunca dari laporan sebelah pihak dalam media mengenai aduan bil-bil yang tinggi selepas penggantian meter. Secara amnya, 80% daripada kes-kes yang dilaporkan oleh Media adalah berpunca dari kes usikan pepasangan meter. Sering kali, aduan bil tinggi atau berlebihan sebenarnya kerana terdapat kejanggalan meter lama. Hanya dengan pemasangan meter baru, bacaan yang tepat dapat dikesan.



Mengapa TNB perlu mengganti meter yang masih berfungsi?

TNB mengganti meter lama yang tempoh hayatnya telah melebihi 15 tahun kerana ia mungkin tidak lagi merekodkan penggunaan elektrik di premis pengguna dengan tepat. Penggantian meter lama juga diamalkan oleh syarikat-syarikat utiliti lain di seluruh dunia.



Bagaimanakah TNB mengenal pasti sesuatu kawasan yang memerlukan program penggantian meter lama/ rutin?

Pangkalan data pelanggan TNB mempunyai rekod meter pengguna yang telah berusia lebih daripada 15 tahun.



Siapakah yang akan terlibat dalam program penggantian meter lama/rutin ini?

Semua pelanggan yang mempunyai meter dengan jangka hayat melebihi 15 tahun akan terlibat dalam program penggantian meter.



Adakah program penggantian meter ini melibatkan kos?

· Penggantian meter lama/rutin – Kos pemasangan meter di premis pelanggan akan ditanggung oleh TNB tanpa mengenakan sebarang amaun terkurang caj kepada pelanggan.

· Meter rosak – Kos pemasangan meter di premis pelanggan akan ditanggung oleh TNB. Bagaimanapun, pelanggan akan dikenakan amaun terkurang caj sehingga tiga (3) bulan daripada tarikh pelanggan dimaklumkan penggantian meter.

· Usikan Pepasangan Meter – Pengguna akan dikenakan kos operasi yakni merangkumi kos pemasangan meter baru dan operasi yang dijalankan serta amaun terkurang caj bermula dari tarikh usikan pepasangan meter dikenal pasti.



Adakah terdapat sebarang gangguan bekalan elektrik semasa kerja-kerja penggantian meter dilakukan?

Bagi program penggantian meter lama/rutin - gangguan bekalan elektrik akan berlaku di premis pelanggan selama 15 hingga 30 minit sahaja.Bagi penggantian meter disebabkan usikan meter – pelanggan yang terlibat di bawah kategori Pelanggan Kuasa Biasa (OPC) akan mengalami gangguan bekalan elektik untuk selama lebih kurang 30 minit. Namun, bagi pengguna kuasa besar, gangguan bekalan elektrik bergantung kepada jenis usikan yang dilakukan.



Siapakah pemilik meter di premis saya?

Meter di premis pelanggan adalah hak milik TNB. Bagaimanapun, setiap pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan meter dalam keadaan baik.



Apakah jenis meter yang dipasang di premis saya di bawah program penggantian meter lama/rutin?

TNB akan memasang meter elektronik di premis pelanggan di bawah program penggantian meter ini.



Apakah jenis meter yang dipasang sebelum ini di premis saya?

Untuk program penggantian meter lama/rutin, jenis meter yang dipasang sebelum ini di premis pelanggan adalah meter elektromekanikal. Untuk meter rosak atau bagi kes usikan pepasangan meter, meter yang dipasang di premis pelanggan terdiri daripada jenis meter elektronik atau elektromekanikal.



Antara meter elektronik and elektromekanikal, jenis manakah yang memberi bacaan yang lebih tepat?

Kedua-dua meter jenis elektronik dan elektromekanik mempunyai kelas ketepatan yang sama dan oleh itu, memberi bacaan yang tepat. Bagaimanapun, ketepatan bacaan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti jangka hayat, keadaan cuaca dan lokasi di mana meter itu dipasang.



Bolehkah saya memohon supaya TNB mengubah kedudukan meter saya semasa program penggantian meter?

Ya. TNB boleh mengalihkan meter ke luar premis jika terdapat masalah mengakses meter pada kedudukan sedia ada (iaitu di dalam premis). Tiada caj akan dikenakan bagi kerja-kerja pengalihan meter dan pengguna perlu membuat janji temu terlebih dahulu dengan TNB.



Adakah kemungkinan penggunaan elektrik akan meningkat selepas penggantian meter?

Tidak semestinya. Bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, meter lama mungkin akan merekod penggunaan yang lebih rendah berbanding dengan meter baru disebabkan oleh:

· Perubahan cuaca, di mana peningkatan/penurunan suhu akan menyebabkan kepada peningkatan penggunaan pendingin hawa dan pemanas air.

· Musim perayaan

· Meter lama telah diusik atau diubah untuk mengurangkan penggunaan yang direkodkan oleh meter

Adakah meter di premis saya diuji dan disahkan sebelum pemasangan?

Ya. Semua meter telah diuji dan diakreditasikan di bawah MS ISO/IEC 17025:2005





Adakah saya berhak menghalang TNB daripada menggantikan meter di premis saya?

Tidak. Pelanggan tidak boleh menghalang TNB dari menggantikan meter di premis kerana meter merupakan hakmilik TNB.



Siapakah yang akan melakukan kerja-kerja penggantian meter di premis saya?

Kerja-kerja penggantian meter akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh TNB dengan penyeliaan sepenuhnya oleh anggota kerja TNB. Kontraktor akan membawa kad pengenalan TNB / NIOSH manakala anggota kerja TNB memakai pakaian seragam lengkap serta membawa kad pengenalan anggota kerja TNB.



Adakah anggota kerja TNB dibenarkan masuk ke premis saya jika pintu pagar berkunci?

Untuk penggantian meter lama / program rutin dan meter rosak, anggota kerja TNB tidak dibenarkan untuk memasuki premis pelanggan jika pintu pagar berkunci. Sebagai pilihan, pelanggan boleh membuat temujanji dengan TNB untuk kerja-kerja penggantian meter dilakukan.



Bilakah TNB akan menggantikan meter di premis saya?

Penggantian meter dijalankan pada hari bekerja dan juga pada hujung minggu (melalui janji temu)



Adakah saya diberi notis/pemakluman awal mengenai program penggantian meter lama /rutin?

Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui notis bertulis sekurang-kurangnya 48 jam sebelum penggantian meter dilakukan.



Adakah caj bagi penggunaan meter lama dan meter baru akan dibilkan pada bulan berikutnya?

Ya, penggunaan yang direkodkan daripada kedua-dua meter lama dan meter baru akan dicajkan dalam bil elektrik pelanggan.



Bolehkah saya membaca meter saya sendiri dan memaklumkan bacaan kepada TNB? Apakah yang perlu saya lakukan?

Ya, pelanggan boleh membaca meter sendiri di premis masing-masing. Pelanggan hanya perlu mengisi borang pendaftaran Self Meter Reading (SMR) yang boleh didapati di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan TNB. Pengguna juga boleh mendaftar melalui Perkhidmatan e-Services yang boleh didapati di laman web TNB.



Bagaimanakah TNB membuat pengiraan amaun terkurang caj bagi kes-kes meter rosak?

TNB akan membuat pengiraan amaun terkurang caj berdasarkan penggunaan 3 bulan yang direkodkan oleh meter baru yang dipasang di premis pelanggan.



Apakah faedah / kelebihan yang saya perolehi daripada program penggantian meter lama/rutin?

Pelanggan akan menikmati faedah-faedah seperti berikut:

· TNB akan mengalihkan meter ke luar premis pelanggan jika lokasi sedia ada tidak dapat diakses oleh pembaca meter. Perkhidmatan ini adalah percuma dan dibuat melalui temujanji.

· TNB akan menggantikan wayar servis yang sedia ada jika wayarnya tidak lagi dalam keadaan baik. TNB akan menjalankan kerja-kerja berkaitan melalui janji temu dengan pelanggan.

· Semasa kerja penggantian meter lama/rutin, TNB boleh mengesan sama ada pengusikan pada meter lama telah dilakukan tanpa pengetahuan pemilik rumah/penyewa sekarang.
 
umah aku tukar meter ni la bil letrik jd mahal dr biasa..
 
kl tak nak tukar boleh tak?hehe

tp ak rumah sewa jer..hihi
 
xkot..tp ada beza la dr bil dulu yg guna meter lama..bukan umah aku je,jiran2 aku pun sama..suma dok ngadu bil dh naik giler..:D

sebenarnya, kalau tahu cara kiraan, pengguna masih boleh buat anggaran penggunaan sebulan...hasilnya akan 'lebih kurang' sama dgn bil TNB.

kalau terdapat perbezaan ketara....adalah yg tak kena tu!
 
ingatkan bila rosak je baru tnb tukar..
 
dari permulaan dah pki yg nieh..huhu
 
patutnya thread ini di section Info/Debate.
 
Back
Top
Log in Register