BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TMgo - Jalur lebar 4G sebenar

seattlesound

Fun Poster
Messages
213
Joined
Oct 24, 2013
Messages
213
Reaction score
0
Points
10
TM lancarkan TMgo

Melalui laman rasmi TMgo yang telah diterbitkan TM hari ini, mereka melabelkan TMgo sebagai penyedia rangkaian jalur lebar 4G sebenar, menawarkan kelajuan sehingga 20MBps, serta rangkaian yang stabil.

Untuk TMgo, ia hadir dalam bentuk prabayar, dimana pengguna tidak tertakluk kepada sebarang kontrak dan komitmen bulanan. Pengguna akan diperlukan untuk menambah-nilai berdasarkan kuota data yang diperlukan dan bergantung kepada tempoh masa yang diinginkan.

Sebelum dapat menggunakan TMgo, pengguna akan diperlukan membeli pakej permulaannya yang hadir dengan modem mudah-alih.

Dua modem ditawarkan, iaitu 4G Mobile Adapter – yang mana membawakan sambungan USB untuk digunakan, dan juga 4G Mobile Router yang mana merupakan MiFi yang boleh digunakan oleh sehingga lima pengguna pada sesuatu masa.

TMgo 4G Mobile Adapter ditawarkan pada harga pengenalan RM115, yang mana hadir dengan kad-SIM, modem mudah-alih yang dihubungkan melalui USB, kuota percuma sebanyak 2GB, dan kuota bonus sebanyak 500MB selama 6 bulan.

TMgo 4G Mobile Router pula hadir dengan pakej yang sama, tetapi digantikan dengan modem MiFi, serta ditawarkan pada harga pengenalan RM315.

Bercakap mengenai modem, TMgo hanya menyokong model D-Link DWR-922 (FWT), dan juga D-Link DWR-930 (MiFi) sahaja buat masa ini, dan tidak menjamin keserasian peranti lain dengan rangkaian 4G LTE TMgo buat masa ini. Memandangkan mereka menggunakan gelombang yang berbeza, maka untuk mengakses pada telefon pintar atua tablet – pengguna perlu menggunakannya melalui MiFi mereka. TMgo 4G LTE menggunakan spektrum 850Mhz untuk beroperasi.

Untuk tambah nilai, pihak Telekom Malaysia menawarkan 1GB pada harga RM10, 3.5GB pada harga RM30 dan 6GB pada harga RM50. Tambah nilai boleh dibeli melalui cawangan TMpoint, dan juga semua rangkaian e-Pay seluruh negara.

Melalui gambar peta yang diterbitkan pihak Telekom Malaysia, zon liputan ini meliputi beberapa daerah di Kedah dan Melaka buat masa ini.

Di Kedah, antara lokasi yang menerima perkhidmatan TMgo ini adalah Pendang, Tokai, Alor Setar, dan beberapa lokasi berdekatan yang lain.

Beberapa lokasi sekitar Melaka juga turut diliputi dengan rangkaian 4G LTE daripada TMgo ini.

Menariknya, beberapa lokasi di Lembah Klang turut mempunyai akses untuknya, dan antaranya adalah di Putrajaya, serta kawasan berdekatan Bangsar.

info: amanz.my

Laman web TMgo: https://www.tm.com.my/tmgo/Pages/index.html

FAQ: https://www.tm.com.my/tmgo/Pages/pdf/TMGo%20-FAQ%20BM.pdf

kS5fB1T.jpg


Y0TknRe.jpg


zIFqrE5.jpg
 
Last edited by a moderator:
1 minggu = 7 hari = 1gb = rm10
4 minggu = 28 hari = 4gb = rm40


murah jugak ni...
 
Kalau digunakan di smartphone, memang plan ni dah jimat dan murah. Tapi sayang sim tak boleh taruk dalam smartphone.
 
Aku dh ada modem mifi nk beli sim je bole ke tt
 
Back
Top
Log in Register