eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KIGALI, Rwanda 16 Sept. - Seekor gorila gunung yang bergelar raja gorila, Titus, yang menjadi terkenal di serata dunia selepas muncul di dalam filem kisah benar, ‘Gorillas in the Mist’ dan dokumentari BBC, telah mati di Rwanda pada usia 35 tahun.
Jurucakap pejabat Taman Negara Rwanda berkata, haiwan itu ‘mati kerana sakit tua’ pada Isnin lalu selepas jatuh sakit sejak seminggu.
“Dia telah jatuh sakit dan menjadi amat lemah,” kata ketua pejabat pelancongan dan taman negara itu, Rosette Rugumba.
Menurutnya, primat seberat 200 kilogram itu ‘telah dikaji oleh saintis dengan teliti sepanjang hidupnya’, khususnya oleh pakar primatologi legenda Amerika, Dian Fossey yang mengkaji kumpulan gorila itu pada tahun 1970-an. - AFP