diyana roslan
Active Member
- Messages
- 1,424
- Joined
- Jun 13, 2014
- Messages
- 1,424
- Reaction score
- 2
- Points
- 25
Slm 1 malaysia... 
Ada tak antara korang kat sini ade/penah membela arnab? Jom share2 ilmu yang korang ade...kerjasama korang amat lah saya hargai
Nih maklumat yang saye dapat melalu internet
http://cmierabbitry.blogspot.com/p/tips-penjagaan-arnab-hiasan_25.html?m=1
Tips Penjagaan Arnab Hiasan
Memilih sangkar
Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas. Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab.
Saiz dan ukuran lebih besar adalah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab. Contohnya 24” x 36” untuk arnab seberat kurang dari 8lbs atau 30” x 36” untuk arnab yang lebih besar.
Arnab mudah untuk di “litter trained”, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh menyebabkan masalah seperti “sores hocks”. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah .. dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz ½”x½“ atau plastic anti gelincir yang sering digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.
Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar. Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai , dinding dan pintu sangkar.Sangkar hendaklah selesa, boleh memuatkan ‘Toilet tray’dan juga bekas makanan dan minuman,sertakan juga bahan mainan agar arnab tidak bosan.
Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar arnab anda.
Kemasan Bulu/ Grooming
Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk megemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan , bagaimanapun menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan HairBalls dari berlaku.
1.Menyikat atau memberus
Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.
Jika ada memelihara baka Angora, runtin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS (“wool Block’). Anda boleh melakukan sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah biasa.
Adalah digalakan melakakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.
2.Membuang Gumpalan Bulu
Sekiranya arnab anda mempunyai gumpan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk membuangnyer , kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kunit arnab tersebut. Dengan sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agat tidak menarik kulit arnab terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu tersebut. Atau anda boleh memdapatkan FURMINATOR untuk menyelesaikan masalah anda.
Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau anjing. Ini kerana merendam arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika arnab anda betul betul kotor hanya basuh ditempat yang betul betul kotor. Ataupun lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan. Harus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai alternatifnyer lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.Atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan untuk membersihkan arnab tanpa perlu membasahkan atau memandikannya dengan air.
Memotong kuku
Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.
Pembinaan sangkar
Untuk membina Sesebuah Rumah Arnab yang penting sekali lantai rumah seelok2nya diperbuat dari steel or besi.. kerana jika diperbuat dari papan atau kayu ini mungkin akan memberi kesan yang buruk seperti jangkitan fungus apabila bahan kumuhan arnab tersebut melekat dilantai dan terkena anggota badannya..
Pengaliran udara juga penting didalam rumah arnab oleh itu disarankan menggunakan Jaring Net untuk memboleh kan udara masuk dan keluar dari rumah arnab membolehkan arnab active sentiasa apabila berada
didalam rumah ataw sangkarnya..Atap Ataw bumbung yang diperbuat daripada zink juga tidak digalakan dijadikan atas kerana ia boleh menyebabkan kepanasan diwaktu tengah hari oleh itu sebaik baiknya menggunakan atap pastik dan sebagainya yang tidak memberi kepanasan kepada arnab2 pada waktu2 tertentu.
Penemuan terbaru
Tahukah anda bahawa najis arnab mempunyai gas metana yang menyebabkan arnab kerap mati dan sakit. Sepanjang pemerhatian saya selama 6 bulan memelihara arnab, saya mendapati bahawa ramai arnab saya mati kerana reka letak reban arnab saya adalah separas lutut dan najis yang terkumpul saya biarkan terlalu lama.. selepas mengalami pengalaman tersebut,saya telah membersihkan najis arnab selang 2 hari dan saya mendapati arnab-arnab saya sudah kurang jumlah kematiannya... pemerhatian saya dikuatkan lagi dengan bau yang menyucuk hidung apabila najis arnab tersebut terkumpul terlalu lama. Arnab adalah sejenis haiwan rodensia yang mempunyai deria bau yang tajam...
http://bunnybambam.blogspot.com/2012/05/cara-penjagaan-baby-arnab-yang-baru.html?m=1
CARA PENJAGAAN BABY ARNAB YANG BARU LAHIR
Arnab yang baru kali pertama melahirkan baby, kebanyakan anak rabbit akan mati. ini memang lumrah. sebab dia baru first time jadi mommy kan so dorang tak tahu jaga anak macam mana. they learn from their mistakes. untuk kelahiran kali kedua dan seterusnya akan lebih baik.
Pastikan arnab yang baru lahir mendapat susu dari ibunya. nak tahu yang emak dia menyusukan atau tak, tengok perut baby rabbit tu.kalau buncit, maksudnya betul la dia menyusukan tu.kalau kempis je lepas beberapa hari, haaaaa tak menyusulah tu...so...
korang kena ajar si ibu itu untuk menyusukan anak dia. cara dia macam ini. korang duduk bersila, ambil ibu rabbit tu dan baringkan atas riba korang. baring mengadap korang ek. then amik baby rabbit seekor, letak atas perut si emak rabbit tadi.suakan mulut baby tu kat puting susu si emak.then si baby tu terus menyusu je.buat dalam 10-15 minit atau sampai baby rabbit tu kenyang.bila kenyang dia akan lepaskan sendiri mulut dia dari puting si ibu dan tertidur dengan sendiri kat perut emak dia.comel je tengok masa tu. ehee
then lepas tu InsyaAllah si emak akan mula menyusukan anak dia. arnab adalah haiwan yang pemalu. bila ada orang tengok dia, dia tak kan menyusukan anak dia. normally arnab akan menyusukan anak dia dua kali sehari. tengah malam dan awal pagi. just kena rajin pantau lah si anak rabbit dapat susu dari emak dia so that mereka akan membesar dengan sihat.
elok bagi makan HAY untuk rabbit yang sedang menyusukan anak. sebab HAY boleh menggalakkan lagi penghasilan susu. so good for the babies. ok?
then, rajin rajin kemas sangkar atau bakul tempat baby rabbit so diorang tak lah kotor dengan air kencing dorang sendiri.
***ps:xsangke pulak arnab pon kene ajar dia kalau buat kali pertama haha fikir2 kelakar pon ade mcm manusia pulak
Nih antara yang saya dapat melalui internet: mane2 artikel.korang dapat share2 lah kat sini..
Saya penah membela arnab dalam 3 kali.. 2 kalI hilang orang curikk
rase macam nak smack down jek pencurik tuh...
Kali ketiga arnab sakit...seingat saye arnab tuh saye letak dalam sangkar luar rumah sebelum g kelas saye nak cuci taik dia tengok2 arnab macam kene fit aka sawan
(( saye consider dia kene sawan sebab mulut dia meleleh2 tak tahu kenape.. pas tuh anggota dia kejang ...arnab pon boleh kene sawan ke??
maybe dia sejuk kot
Xsangke betol boleh dapat sawan ingat manusia jek...
Berdasarkan pengalaman yang lepas saye suke mandikan arnab hari2 gune syampu Johnson baby haha...pas tuh keringkan dengan hairdryer.. ** hoduh bebenor bile mandikan dia huahuahua***
Soal kebersihan tak de masalah sebab hari2 cuci taik dia supaya dia sentiase wangi
Soal.makanan kasi dia lobak kangkung dan kubis jek setiap mase kalau saye nampak sangkar dia kosong mesti saye bubuh... orang cakap jangan kerap kasi dia makan nanti dia mati kekenyangan..betul ke nih??
3 kali dah saye gagal... next kali ke4 saya harap.saye berjaya membela arnab nanti....
Selepas keje nanti nak bela sekrang xde siapa nak jage
( ...plus mak marah sebab asik hilang pas tuh mati sedih3
(
Pepon Setiap kegagalan itu pasti akan disusuli dengan kerjayaan