BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

tips untuk melupakan sidia..!~

ko pegi tingkat 88 KLCC n then cube tejun ikut tingkat tuh.. amacam.. cara ni berkesan untuk melupakan apa2 yg sedang bermain dikepala ni..
 
kawan2..!~ tolong aku wehh..!~ aku da cuba supaya tak teringat dier lagi..!` tapi sering terbayang2..~ ade tips tak utk aku lupakan dier..!` mcm2 aku da buat..!` tapi tak jalan gak..!` still teringat kat dier..!` tolong la weh kengkawan..!~ tolong la..!~ sakit sgt rase nyer..!` dah tak tahan da rase nyer..!` tolong..

cari lain jak bro... :D:D:D
bakar semua memori yg u ada dgn dia, temasuk talipon... :eek::eek::eek:
Gurau jer yek... :):):)
 
da hampir 5 bulan da ni..!~ aku bole hidup..!` tapi hidup aku mcm tak terurus..!~ aku tak bley nak buat keje kalo asyik teringat kat dier..!~ aku takde pengalaman bab ni..!~ langsung takde..!~

ermm..
elakkan diri dari dok sengsorang..
bz kn diri ngn ape2 aktiviti..
lg stu doa byk2 agar hati kta xingt kt dia lg..
n cube cari aper kesalahan dia yg wat kita rase mrh sesangat kt dia..
 
cinta 2 persepsi ko aje.. aku cadangkan ko ambik broadband.. ko cube bace sume blog yang ada dalam internet. especially dalam bidang politik.. try to speak with other people.. come on men.. bunga bukan sekuntum, kumbang sume dah pupus.. ok, gud luck
 
pelik?

Groaned at 4,294,967,294 Times..rmai btul org benci ni..:)

superstar maaa:))

p.s my younger sister went back home. and borak2. and she told me...

kaaak, tdi cikgu tanya neena. what do you want to b when you grow up.
then i ask my sister, apa neena jawab?

then she sez... "when i grow up... i wanna be a superstar... i want to b famous..."

:o:o:))
 
kes hamka ni same la ngan kes ina...

ina bagi ni bace la..
Renungkanlah sedalam-dalamnya…Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu…..
“Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi….”
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`
 
ermm..
elakkan diri dari dok sengsorang..
bz kn diri ngn ape2 aktiviti..
lg stu doa byk2 agar hati kta xingt kt dia lg..
n cube cari aper kesalahan dia yg wat kita rase mrh sesangat kt dia..

betul tu buat2 busy je ... :D
 
sembahyang banyak2..
x payah minta tolong sape2..
minta tolong kat Allah..
minta diri mudah melupakan dia..
dan maafkan segala kesilapan dia..
Insya-Allah, hati akan lebih tenang selepas 2..
baca Quran banyak2..
mas baca Quran 2, if awak betul2 menghayati bacaan Quran,
awak akan lebih tenang dalam hati mahupun fikiran..

just my suggestion..

fuh! terkacau jiwa baca nasihat ni...insaf sekejap...kalo pompuan nih leh jadik calon bini nih ehehhehe...
 
Back
Top
Log in Register