BTC USD 81,434.4 Gold USD 4,145.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

# Tips Untuk Keselamatan Rumah Anda #

bujanglapok

Active+ Member
Messages
3,272
Joined
Aug 20, 2008
Messages
3,272
Reaction score
74
Points
30
TIPS Keselamatan Malam

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).(

4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ….).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, jika anda terjaga tengah malam, cuba amalkan on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).


(7) Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Sorokkan kunci tersebut / balingkan kerumah jiran bagi mengelakkan alarm ditutup. Ini akan menarik perhatian jiran-jiran anda untuk memberikan bantuan..

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh mendapat kepastian dari anda.(

10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilik tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

:)cgrock:)paid:)cgrock:)paid:)cgrock:)paid:)cgrock:)paid:D
 
awas..jerat tidak pernah lupakan pelanduk...
rumah anda mungkin sedang diawasi penyamun..
 
yg kedua tu.. mahal la bil air klo camtu..
 
aku tambah...bertenet spjg malam...:D :D
 
Tingkatkan kewaspadaan anda terutamanya semasa cuti persekolahan ini...
beringat sebelum kena....
 
Back
Top
Log in Register