BTC USD 84,024.3 Gold USD 4,279.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips-Tips Memilih Pelan Takaful Keluarga

Encik kuhik lagi-lagi tak faham...

لا يدرك كله لا يترك كل itu tak salahnya ialah kaedah feqh, tak tahu saya jika ianya kalam imam Ghazali.

كشف الخفاء، الإصدار 4.05 - للإمام العجلوني
حرف الميم.

2757 - ما لا يدرك كله لا يترك كله.
هو معنى آية {فاتقوا الله ما استطعتم} ومعنى حديث - وما أمرتكم به فأتوا منه ما استطعتم، وقال النجم لفظ الترجمة قاعدة وليس بحدي

Cik gunakan isu ini dan menuduh pihak lain seolah-olah cik tidak terlibat sama, cik tengok pihak lain, tapi cik tak lihat diri sendiri...

Cik melarang orang kerana isu ini untuk kepentingan peribadi cik, tapi cik tak lihat bahawa cik pun terlibat sama dalam hal yang sama, tapi gelanggang lain.

So, apa masalahnya dengan pendapatan?

Orang yang kerja kerajaan pun hasil pendapatan dari kerajaan yang bercampur baur pelbagai cukai...

Cik nak kata orang melayu yang kerja dengan pasaraya yang miliknya orang bukan Islam adalah salah?

Adakah cik pasti PNB tidak terlibat sama dalam urusan yang melibatkan riba?

Paham paham je lah cik....

yer..ia adalah Imam al-Ghazali.

sememang encik sendiri yang sudah salah faham. ataupun memang tidak faham.

saya tidak pernah berkata bahawa salah atau berdosa bagi mereka yang bekerja dengan orang bukan Islam.

apa yang saya katakan di sini adalah keutamaan memilih dan menyokong syarikat @ produk orang Islam.

saya hanya timbulkan persoalan, "kenapa perlu bekerja ngan syarikat asing sedangkan kita sudah ada syarikat tempatan kita sendiri?"

ini adalah aspek PENDAPATAN - di mana kita keje, kepada siapa kita keja, kepada siapa kita berkhidmat dan dari mana kita dapat duit?

kalau bincang dari aspek PERBELANJAAN, boleh dikatakan hampir 90% total hidup kita dipengaruhi oleh bendasing-bendasing sejak kecil lagik. baju kemeja, seluar slack, kasut sekolah, minyak kete, kete, motor, peti sejuk, tv, makan minum dan sebagainya. dan kekadang ni kita takleh nak elak sebab ia menjadi keperluan hidup. kalau benda dah jadi keperluan hidup, nak elak camner?

saya bercakap dari segi ALTERNATIF. iaitu membuat pilihan dari segi AULAWIYAT (keutamaan semasa). kalau dah dari segi PERBELANJAAN kita dok guna bendasing-bendasing, takkan dari PENDAPATAN pun nak guna bendasing jugak. tapi kalau nak jugak itu korang punya pasal.

saya akui, saya sendiri pun tidak dapat elak kesemuanya, tapi sesetengahnya darinya saya masih boleh lagi elak selagi ia adalah keperluan dari segi dharurah, hajiat atau tahsiniat. kena faham maqasid fiqh nie.

so, nak keja ngan pasaraya bukan Islam ke, keje ngan kerajaan yang ambil cukai daripada benda haram ke, atau keje ngan kompeni asing, memang tidak salah pun.

p/s : ni tak masuk isu PNB lagi nie...
 
term insurans ada tak?

kat TI adalah Term Takaful. memang murah dan minima 5 tahun maksima 80 tahun. boleh pilih nak lama mana.

tapi ia bergantung kepada jumlah Basic Plan TI, umur dan kelas pekerjaan.

Min Term : RM10,000
Max Term : 5 x Basic Plan

saya ambil contoh 25 tahun, kelas 1 dan basic plan RM50,000.

Coverage Term : 30 tahun
Basic Plan : RM50,000 = RM63.39
Term Rider : RM50,000 = RM19.21
Total : RM82.60 monthly.

jadi atas ni, Term Rider sememangnya lebih murah daripada Basic Plan walaupun jumlah perlindungannya sama.

hanya pelru bayar RM82.60 sebulan untuk dapatkan perlindungan RM100,000 untuk tempoh 30 tahun. sangat murah kan?

kita tengok contoh 2:

Coverage Term : 30 tahun
Basic Plan : RM50,000 = RM63.39
Term Rider : RM250,000 = RM19.21 x 5 = RM96.03
Total : RM159.42 monthly

so, nak dapatkan perlindungan RM300k, hanya perlu bayar RM159.42 jer sebulan.

jadi, Term Takaful ni bergantung kepada pilihan peserta nak banyak mana dan nak cover sampai bila :)
 
Term Insurance just for extra... min 10thn? eemmmmm takpa lah kalau macam tu.. thanks...:)

mungkin en.tanjung bleh kasi contoh tarikh lahir untuk saya bagi contoh quotation?
 
JB market bagus tu...
 
baru hari tu jumpa agent TI mmg mantop plan terbarunya..rasa nk tukar pulak..masih pikir2 lagi...
 
Back
Top
Log in Register