BTC USD 83,975.5 Gold USD 4,151.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips mencapai ketenteraman

butterland

Legendary Member
gem
Messages
11,420
Joined
Jan 2, 2008
Messages
11,420
Reaction score
211
Points
123
Tip capai ketenteraman, elak kejahatan




1- Rajin mengerjakan solat. Ibadat solat apabila dilakukan secara sedar dan dengan penuh keinsafan akan menjadi sumber yang betul menyembuhkan jiwa. Ia kaedah terbaik melegakan tekanan.

2- Sebelum tidur setiap hari, seseorang Muslim dianjurkan membaca surah al-Fatihah dan tiga surah terakhir al-Quran, lalu ditiupkan pada tangan dan disapu di seluruh badan, seelok-eloknya tiga kali.

3- Sewajarnya setiap Muslim membaca sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran setiap hari.

4- Mendengar al-Quran sekerap yang mungkin dan cuba memainkan rakaman bacaan ayat suci sepanjang masa.

5- Individu Muslim juga dinasihat memastikan diri sibuk melakukan sesuatu yang berfaedah kerana jika anda tidak menyibukkan diri dengan kerja baik, syaitan akan memastikan anda sibuk dengan kerja negatif.

6- Berdoa kepada Allah, mohon dijauhkan kejahatan, kedukaan dan kesempitan sebaliknya didekatkan dengan kebaikan, kelapangan serta kebahagiaan.
​



sumber : Harian Metro
 
gd tips..kesimpulannye sntiasa la mendekatkan dri dgn ALLAH..

sure sntiasa tenteram..
 
gd tips..kesimpulannye sntiasa la mendekatkan dri dgn ALLAH..

sure sntiasa tenteram..

betul..
kita ni kekadang lalai dgn duniawi...
pentingkan urusan duniawi je.. termasuk la aku yg jahil ni :(
 
kalau pagi-pagi nak pegi keje tu. jangan bukak radio/cd lagu dulu..pasanglah cd al-Quran terlebih dahulu..

mulakan hari kita dengan ayat-ayat Allah, insya Allah tenang dan berkat :)
 
kalau pagi-pagi nak pegi keje tu. jangan bukak radio/cd lagu dulu..pasanglah cd al-Quran terlebih dahulu..

mulakan hari kita dengan ayat-ayat Allah, insya Allah tenang dan berkat :)

thanks bro...
akan dipraktikkan...
slalu time nak tido je pasang CD alquran,bagi anak dengar time dia nak tido
 
Back
Top
Log in Register