php1
Legendary Member

- Messages
- 11,995
- Joined
- Jul 3, 2008
- Messages
- 11,995
- Reaction score
- 4
- Points
- 125
PERSEDIAAN SEBELUM TEMUDUGA
1. Anda perlu mantapkan Resume anda. Buat beberapa salinan kerana kita mungkin diminta memberi beberapa salinan resume pada hari temuduga nanti. Resume yang bagus dapat mengambarkan kelayakan dan keupayaan anda untuk menjawat jawatan Penguasa Kastam W41.
2. Kemaskini Fail Sijil anda. Pastikan pada muka hadapan sijil anda mengandungi Surat Beranak dan Salinan IC. Keputusan penting peperiksaan anda seperti Ijazah, Diploma,STPM,SPM,PMR,UPSR dan sebagainya diletakkan pada permulaan fail sijil anda. Ia diikuti dengan sijil-sijil aktiviti anda yang lain. Jika ada sijil pernah berkursus atau aktiviti bersama pihak Kastam, letakkannya di hadapan sedikit.
3. Buat latihan fizikal. Saya sarankan buat latihan fizikal. Dengan jumlah calon yang terlalu ramai sebegini, pihak JKDM mungkin mengubah pendirian dengan mengadakan ujian fizikal. Pada rancangan awal sememangnya tiada perancangan untuk SPA mengadakan ujian fizikal. Jika calon yang lulus terlalu ramai, ia mungkin dilaksanakan.
PERSEDIAAN HARI TEMUDUGA
1. Berpakaian kemas. Jika lelaki, bertali leher dan memakai baju lengan panjang. Jika memakai baju lengan pendek, nampak tak sesuai. Berkasut hitam. Jangan pakai kasut sukan! . Jika wanita, berpakaian sopan dan tidak menjolok mata. Anda sedang menghadiri temuduga kerja kerajaan. Jangan memakai minyak wangi terlalu kuat ya.
2. Datang Awal Ke Tempat Temuduga. Kalau boleh sehari sebelum temuduga, cari dulu lokasi temuduga agar tidak tersesat. Akan ada orang akan ambil kedatangan pada awal waktu temuduga. Jadi jangan terlewat. Kalau susah bangun pagi, minta ibu bapa kejutkan anda lebih awal. Jika perlu simbah air, simbah lah.
PADA HARI TEMUDUGA
1. Masuk ke bilik temuduga dengan tenang. Berikan salam. Jangan duduk terus, hanya duduk apabila penemuduga meminta anda duduk. Serahkan fail sijil dan resume anda kepada mereka.
2. Duduk dengan tenang dan dengar soalan yang ditanya dengan teliti. Jawab dengan penuh keyakinan dengan suara yang jelas. Tetapi jangan terlalu yakin sehingga merendahkan ego penemuduga. Adakalanya mereka akan bertanyakan soalan yang boleh memainkan emosi anda.
3. Jangan teremosi sehingga menangis ketika temuduga. Jangan merayu-rayu kepada penemuduga sehingga mereka meletakkan markah yang rendah kepada anda. Jawab hanya soalan yang ditanya. Jangan melalut kepada benda yang tidak berkenaan dengan soalan mereka.
4. Jangan over confident dan bersembang-sembang seperti anda bersembang dengan kawan dengan penemuduga. Kadangkalanya mereka menguji anda dengan perkara sebegini. Ingat, dalam temuduga mereka sedang menilai sikap dan tingkahlaku anda.
SELEPAS HARI TEMUDUGA
1. Bagi mereka yang beragama Islam. Bertawakal kepada Allah. Semoga Tuhan berikan anda jalan untuk jawatan berkenaan. Bagi bukan beragama Islam, berdoalah mengikut kepercayaan anda. Anda sudah melakukan yang terbaik dalam temuduga sebelum ini.
2. Keputusan akan diumumkan di laman web SPA biasanya dalam masa 3 bulan. Anda boleh tengok laman SPA dari masa ke semasa untuk mengetahui keputusan temuduga berkenaan. Jika gagal, berusaha lagi untuk pada masa akan datang. Jangan putus asa.
Kami di pihak Tips Ujian ingin mengucapkan semoga berjaya kepada mereka yang akan menghadapi temuduga Penguasa Kastam Gred W41.
DAPATKAN PANDUAN RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Pertama sekali tiada paksaan untuk anda mendapatkan ebook ini. Namun, adakalanya anda perlukan pendapat dan juga panduan daripada mereka yang berpengalaman berkenaan temuduga kerja kerajaan ini. Jadi, suka kami sarankan satu panduan untuk rujukan anda dalam membuat persediaan untuk temuduga nanti.Apatah lagi ia merupakan temuduga anda yang pertama setelah bergraduasi daripada universiti.
Harga ebook ini adalah RM40 sahaja.
Ia mengandungi 4 modul berkenaan persediaan untuk menghadiri temuduga kerajaan seperti bagaimana menyusun fail sijil dan sebagainya. Mereka juga memberikan panduan bagaimana untuk menghasilkan resume yang terbaik bagi menghadiri temuduga kerja kerajaan.
Panduan ini boleh diguna pakai untuk mana-mana temuduga samada pihak kerajaan mahupun swasta. Jadi anda tidak perlu tercari- cari cara untuk menghasilkan resume untuk temuduga anda.
<<< Lihat Dahulu, Klik Sini >>>