BTC USD 82,355.5 Gold USD 4,170.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tips Hilangkan Panas Baran Cara ISLAM

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
MENGUBAH POSISI

⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :

Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring (Riwayat Muslim)



BERWUDUK

⇨ Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:

Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk (Riwayat Abu Daud)



MEMBACA TA'AWUZ

⇨ Lafaznya ialah : ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

Maksudnya : Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam.



BERZIKIR

⇨ Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.



KAWAL LISAN

⇨ Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.



MINUM AIR

⇨ Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.



BERKATA KEPADA DIRI

⇨ Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga .Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.


Sumber : Facebook
 
klau org tu tgh marah, Cuba amik air segayung simbah.. mesti dia kool..
 
aku pun panas baran gak. cuma bila time marah tu aku lupa semua. tapi bila dah marah baru ingat.
 
Bagus tips nih..tp memang betul la..aku biasa marah masa main badminton..tp lepas aku duduk minum air sejuk reda skit kemarahan aku..
 
tkasih ntuk info :)cgrock

nk tya, TT ni panas baran ke? :D
 
Back
Top
Log in Register