serius sy xfaham utk point b)..
mcm mn kita blh tau apa yg org minat berdasarkn apa yg org bid kt lelong tu.. bukannya ada dipaparkan statistik jenis apa yg org bnyk beli.. sebab bab beli2 ni kadang2 bukan krana minat/trend tapi jugak kerana murah.. sy slalu jugak beli barang dgn bid kt chilindo tpi sebab murah, bukan sbb sy yg cari produk tu.
klu nk cek kt google plak, mcm contoh yg diberi, taip pakaian bayi dan keluar website utk penjualan baju bayi.. persoalan sy, apa yg menunjukkan trend skrg org minat baju bayi? sebab apa je keyword yg kita taip kt google, memang akan dipaparkan output2/website2 berdasarkan apa yg kita taip.. jadi statistiknya di mana?
sebenarnya sy pernah fikirkan benda ni, mcm mn kita nk tau apa yg org minat atau bahasa mudahnya trend skrg bersumberkan internet? Klu sekadar perhatian kt FB, itu ya, kita blh gak nampak trend skrg, contoh time nk raya, org akan jual baju raya, time akhir tahun barang2 sekolah, atau apa2 yg diviralkan, itu pasti jadi trend.. selain dari tu, sy xtau mcm mn cara kita nk tau trend skrg?
Owh maaf tuan lama dah saya tak update, begini tuan,berdasarkan pengalaman saya, kita memang tak akan dapat maklumat se-detail yang tuan perlukan sperti statistik apa yang orang minat ataupun apa trend terkini kerana market terlalu luas, objektif kita ialah mencari demand. Demand yang belum banyak dipenuhi oleh supply. Kita tak mahu masuk jual barang trending, end up orang buang harga ataupun trend yang hangat-hangat pada awalnya sahaja. Kalau kita plan nak buat duit dengan jual barangan trending, bagi saya lebih baik kita sendiri yang memulakan trend tersbut (trendsetter).
Jumlah website, jumlah search ataupun jumlah bid di website seperti lelong menunjukkan indikasi ada demand terhadap sesuatu barang tersebut. KIta belum masuk bab harga lagi kerana panjang juga tu nk hurai.
Kajian keyword sebagai contoh,gunakan kwfinder version percuma (boleh google), tuan tulis keyword "cod lampin bayi murah". Ini ialah sejenis keyword atau kata kunci membeli. Maksud kata kunci membeli ini ialah orang yang search keyword nie, memang 80% dia dah nak beli dah lampin bayi ini.
Ada juga keyword yang nak survey-survey, contohnya "celcom vs digi". ok dah jauh sikit masuk bab keyword.
Jadi berbalik kepada soalan tuan, daripada keyword yang kita search di google /kwfinder tersebut, kita boleh lihat berapa banyak orang search keyword tersebut dalam masa sebulan. Dan berapa banyak pesaing (which is peniaga) yang bid untuk keyword tersebut. Dari situ kita kene kaji dan buat kesimpulan adakah produk ini senang untuk dijual ataupun tidak.
Contoh metrik yang kita boleh guna dalam kajian kita ialah, supply vs demand. Tuan lihat, berapa banyak orang search dekat internet bagi sesuatu keyword tersebut, dan berapa banyak pula website yang menawarkan penyelesaian kepada mereka yang seacrh keyord tersebut.
Harap dapat membantu tuan
