BTC USD 80,944.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others ### tip online ###

rizalstudio

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jan 8, 2009
Messages
2,668
Reaction score
690
Points
71
#TIP MENGENAI ONLINE

1. Jangan percaya MLM, walaupun modal RM10 sekalipun, sepanjang saya mula mengenali internet, tidak ada satu skim pun yang masih bertahan sampai hari ini dan PURATA tiada satu pun yang kekal lebih dari 1 tahun. Walaupun diorang diorang bukan MLM, selagi masuk skim dia lepas tu kena cari orang untuk modal balik. Skim Cepat Kayap la tu.

2. Jangan percaya skim contoh MODAL 100, BAYAR BULANAN TOTAL 300. Sebab tidak ada bisnes yang boleh bagi pulangan sebanyak itu. Kalau ada cuma 1% dan tak bertahan lama dan tokey dia sanggup rugi.

3. Jangan percaya bisnes product direct-selling, sebab kos asal produk yang korang beli cuma dalam 20-30% dari harga jualan. Balancenya ialah komisyen upline. Contoh barang harga RM100, asalnya cuma dalam RM30. Jadi kualiti ubat/barang tu cuma RM30 shaja secara purata.

4. Jangan beli barang online jika anda tak kisah nk sedekah "kalau" kena tipu. Sebab pembelian cuma antara akad di wasap atau fb. Tiada jaminan kalau penjual tetiba tak nak bagi barang. Lebih baik COD atau bayar masa terima barang. Walaupun barang tu murah macammana pun berbanding orang lain, kalau dah kena tipu siapa nk tolong?

Pengalaman saya membeli barang di online, walaupun murah macammana kalau tak nak COD memang takkan beli sebab mesti ada sebab diorang seboleh2 x nak COD dengan pelbagai alasan.

5. Beli barang online dan COD ada "UPFRONT" atau "DEPOSIT", walaupun penjual tak nak rugi kalau pembeli tetiba tak nk datang @ beli. tapi boleh kan deal perjumpaan dekat area rumah penjual?

6. Purata jual beli di Facebook/Wasap/Wechat/Instagram dalam 5-10% yang boleh percaya. Dan jual beli di lelong.com.my atau ebay.com dalam 40-50% itu pun sebab kebanyakkan penjual terpaksa bergantung kepada rating atau testimoni pembeli. Kalau testimoni teruk, baik jangan beli.

Pengalaman saya membeli di ebay dan lelong, 90% dari pembelian adalah tulin dan diterima. Tetapi pelbagai kaedah kena ambil kira sebelum membeli.

7. Jangan beri pinjam duit kepada sesiapa kalau anda tak mampu nak HALALkan kalau anda kena tipu.

Buka mata, bukan semua memang berniat nak menipu pada awalnya tetapi nafsu dan masalah diri sendiri yang menjadi mereka menjadi "penipu secara tidak sengaja", tetapi ada juga yang sengaja menipu.

Ini adalah sedikit peringatan kepada sahabat2 dan saudara2 diluar sana. Sedangkan yang depan mata sanggup menipu apatah lagi yang tak pernah jumpa. Jangan masa tu baru nak keluar ayat "Moga tuhan akan membalas" dan mula ayat2 agama keluar bercampur nama binatang dan ayat2 maki hamun. Masa tu dah tak berguna lagi.

Jika ada salah tolong maafkan saya, dan tolong perbetulkan.
 
Back
Top
Log in Register