BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tip berhenti merokok

wan12345

Active Member
Messages
2,455
Joined
May 12, 2006
Messages
2,455
Reaction score
21
Points
25
bulan pose nie memang sesuai klu nk berhenti merokok........
nie aku bagi tips....
aku pun ader ler nampak leh berkurang skit merokok....
harap lepas raya berhentilah merokok...:-D :-D :-D

tips berhenti merokok

1. MELENGAH
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok.

2. MENARIK NAFAS PANJANG
Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. MINUM AIR
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, keranan minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. MEMBUAT SESUATU
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. MENGUNYAH SESUATU
Mengunyah sesuatu seperti gum,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.

6. MANDI ATAU BASUH TANGAN
Kalau berada di rumah,mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. MEMOHON DOA
Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Insya Allah..
 
Tips yang bagus tu wan...aku pun ada satu tips untuk berhenti merokok...kalau korang rasa nak hisap rokok kat mana-mana sekali pun...ketika memandu, berjalan, atau tengah menunggang motosikal...berhenti...!! Pastu hisap ler rokok tue...'Berhenti, hisap rokok'....heheheheheeeee... :-D

p/s= jangan merokok ketika berjalan... :!:
 
betul tu pak mat.. heeheehehe.. kalau tak nanti makin cepat abis kene dek tiup dek angin :-D lg satu, amalkan jangan membeli rokok. pau memember punyer jer. konpem selepas setiap kali kene marah, korang akan tensen dan lepas tu takkan hisap rokok lagi. takpun anda akan mula membelinya balik. muahahahahahahahaha...
 
ayobz said:
betul tu pak mat.. heeheehehe.. kalau tak nanti makin cepat abis kene dek tiup dek angin :-D lg satu, amalkan jangan membeli rokok. pau memember punyer jer. konpem selepas setiap kali kene marah, korang akan tensen dan lepas tu takkan hisap rokok lagi. takpun anda akan mula membelinya balik. muahahahahahahahaha...

ni petua berhenti membeli rokok namanya..
pokok pangkal hati dan nafsu. hendak seribu daya, xnk seribu dalih..
petua yg lain tu utk menguatkan lagi azam berhenti merokok...
 
petua paling mudah..
jgn beli rokok mintak ngan kwn2..
kalau semua org x beli rokok
jd x de la org yg merokok.. :-D
 
abis nak makan ngan ape kalau mulut kne potong? :lol:
 
the_vangardx said:
hm..nak kasi tegas sape isap rokok potong mulut :p

ko ni tak leh jadi pegawai penguatkuase... undang² ko tak btol :badgrin: :badgrin: :badgrin:
 
haha..pastu sape yg kawan dia potong tangan..takpela dimaafkan kasi potong jari sebab tak nasihatkan si perokok
 
ish ish ish... aper daaa... kijam gila ko nyer hukuman. memang sah ko ni takleh jadik penguatkuasa. nanti jadik penguasa yg zalim. har har har harrram..... nk benti rokok? puasa terus jangan bukak2... tengok apa jadik.. muehehehe...
 
Back
Top
Log in Register