BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Tinted' tiada kelulusan JPJ

lahhh
lampu tu pun xboleh ke?
mmg lahanat sungguh JPJ nih

:eek:

camna plak dgn honda civic FD2 limited edition tu?
mmg dia datang siap2 lampu tu + skirting + body kit bagai...
xke naya owner tu

:))

bliking time brake tu jpj kata lampu tak statik masa brek. membahayakan...

segala aksesori yang aku tau untuk keta, tak boleh lebih 3 inci dari ukuran asal kereta tu... :D:-?
 
JPJ dengan trafik mana lg senang slow talk??
 
image.jpg

Anggota JPJ memeriksa kenderaan yang melalui Plaza Tol Bentong.

BENTONG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan penggunaan filem penapis cahaya kepada mana-mana kedai aksesori kenderaan di seluruh negara.

Sehubungan itu pemilik kenderaan diingatkan agar tidak terpengaruh dengan promosi pemasangan filem penapis cahaya melebihi 50 peratus ketelusan cahaya yang kononnya diluluskan jabatan berkenaan.

Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri, Mohd Johari Mat Nor berkata, pemasangan filem itu boleh membahayakan keselamatan pengguna kenderaan terutama pada waktu malam atau pada hari hujan.

“Pemasangan filem itu boleh mengganggu penglihatan pemandu dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

“Justeru, pemilik kenderaan diminta tidak terpengaruh dengan tawaran penjual sehingga boleh memberikan kesan semasa pemanduan,” katanya selepas mengetuai ‘Ops Motosikal’ di Plaza Tol Bentong, dekat sini, kelmarin.

Dalam operasi itu, JPJ mengeluarkan 56 notis saman daripada 96 kesalahan dikesan.

Mohd Johari berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu atau lesen tamat tempoh (lima kes), cukai jalan tamat tempoh (satu kes) dan tidak mempamerkan pelekat L (satu kes).

Manakala bagi kesalahan memasang lampu LED adadua kes dan notis larangan penggunaan (42 kes).

Katanya, operasi melibatkan empat pegawai dan 31 anggota JPJ dari cawangan Bentong serta Raub itu menjalankan pemeriksaan ke atas 339 kenderaan bermula jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.

“Dalam operasi itu juga, JPJ menahan seorang lelaki tidak miliki sebarang dokumen diri dan memandu sebuah lori kecil dipercayai dicuri yang dilaporkan hilang di Kajang, Selangor.

“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut, manakala lori berkenaan disita,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/tinted-tiada-kelulusan-jpj-1.185690

VIP boleh plak tinted
 
sepatutnya kedai2 ni dulu kena serbu..tak pasai-pasai kena saman..
 
Back
Top
Log in Register