BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tinggal Kerjaya Demi Minat, Kini Gubahan Pulut Kuning Jadi Buruan Pelanggan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tinggal Kerjaya Demi Minat, Kini Gubahan Pulut Kuning Jadi Buruan Pelanggan​

9d8f58f09cfb4e787f3125a1ae03a5846a479ceceeb1c

2f0d78356701ef77455517682cda4ed76a479ca510f41

Pengusaha gubahan pulut kuning, Nortiny Nawi, 46, (kiri) dinobatkan sebagai juara pertandingan Gubahan Pulut Kuning Tradisi pada Festival Kesenian Rakyat Kelantan di Tok Bali, hari ini.

Minat mendalam dalam bidang masakan mendorong bekas pegawai pemasaran sebuah pusat peranginan, Nortiny Nawi, 46, mengusahakan perniagaan gubahan pulut kuning yang kini mendapat sambutan menggalakkan.

Bermula secara kecil-kecilan di rumahnya di Kampung Gong Cokoh di sini, empat tahun lepas, gubahan pulut kuning sentuhan beliau menjadi pilihan pelanggan untuk pelbagai majlis termasuk kesyukuran, sambutan hari lahir dan makan beradab.

Nortiny berkata minatnya terhadap bidang masakan mula berputik sejak remaja dan semakin berkembang selepas bekerja di sebuah pusat peranginan.

“Semasa bekerja di sebuah pusat peranginan, saya sering mengambil peluang melihat cef memasak di dapur. Dari situ minat saya terhadap bidang masakan semakin mendalam,” katanya.

Beliau berkata rutin hariannya bermula seawal 3 pagi untuk mengukus pulut sebelum diuli, disejukkan dan digubah mengikut tempahan pelanggan.

“Alhamdulillah, sekarang tempahan diterima hampir setiap hari. Harga bagi setiap gubahan pulut kuning antara RM100 hingga RM280 bergantung pada berat pulut dan tahap kerumitan rekaan yang diminta pelanggan,” katanya kepada Bernama pada Festival Kesenian Rakyat Kelantan (FKRK) di Tok Bali di sini hari ini.

Pada festival itu, beliau muncul juara pertandingan gubahan pulut kuning menerusi hasil gubahan seberat lapan kilogram yang dihiasi ukiran bunga berbentuk bunga mawar, kemboja, bunga raya dan keris daripada lobak putih.

Nortiny berkata pelanggannya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk sekolah dan jabatan kerajaan di seluruh Kelantan.

 
Back
Top
Log in Register