BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan berani mati makan diri

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Dua suspek yang ditahan selepas cedera ketika terjun bangunan dalam cubaan melarikan diri.​

KUANTAN - Dua lelaki bertindak nekad apabila sanggup menggadai nyawa terjun dari tingkat dua bangunan sarang burung yang di ceroboh bagi mengelak dicekup polis dalam kejadian di Jalan Lim Hoe Lek di sini, awal pagi semalam.

Tindakan 'berani mati' dua suspek berusia 34 dan 38 tahun itu hanya membawa padah apabila mereka mengalami kecederaan dan berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis menerima maklumat kira-kira jam 1.15 pagi daripada pemilik memaklumkan sistem penggera di premis itu berbunyi dan minta pemeriksaan dilakukan kerana mensyaki berlaku pencerobohan.

Menurutnya, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Unit Kereta Peronda dan Hal Ehwal Awam (Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti) IPD Kuantan dalam tugasan rondaan cegah jenayah ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

"Ketika di lokasi, anggota terlibat melakukan pemeriksaan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati terdapat kelibat dua lelaki mencurigakan memasuki premis tersebut.

"Pemeriksaan lanjut ke atas seluruh kawasan menunjukkan terdapat kesan pecah di bahagian siling bangunan," katanya.

Abdul Aziz berkata, ketika pemeriksaan dilakukan di tingkat dua, kedua-dua suspek yang bersembunyi di atas siling bangunan bertindak terjun untuk melarikan diri.

"Kepantasan pihak polis berjaya menangkap suspek yang mengalami kecederaan akibat terjun dari bangunan itu," katanya.

Menurutnya, suspek dibawa balik ke balai untuk siasatan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing ke atas mereka mendapati kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine.
 
Back
Top
Log in Register