ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Timmy sebelum ini berjaya mencuri tumpuan apabila layak ke peringkat Master Terbuka Lelaki Kejohanan Boling Terbuka Singapura, bulan lalu.
DUA pelapis boling negara, Muhd Rafiq Ismail dan Timmy Tan Chye Chern disenaraikan dalam skuad elit negara ke Kejohanan Dunia di Nevada, Amerika Syarikat, Ogos depan.
Pengumuman dibuat Jawatanan kuasa pemilihan, Kongress Tenpin Boling Malaysia (MTBC) itu nyata mengejutkan terutama pemilihan Timmy Tan.
Bagaimanapun, prestasi cemerlang kedua-dua atlet pelapis kebangsaan ini bermula tahun lalu tidak dapat dinafikan dan sememangnya mereka layak dipilih.
Selain Rafiz dan Timmy Tan, turut berada dalam skuad negara adalah Adrian Ang, Alex Liew, Zulmazran Zulkifli, dan Muhamad Syafiq Ridhwan.
Sementara pasukan wanita diwakili Esther, Shalin Zulkifli, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Sin Li Jane dan Jacqueline Sijore yang juga juara Individu Wanita Dunia.
Bagaimana seorang lagi nama, hanya akan diumumkan selepas Kejohanan Asian di Incheon yang membuka tirai pada 28 hingga 6 Julai depan.
“Pemilihan atlet ke Kejohanan Dunia dibuat selepas Jawatan Kuasa Pemilihan berpuas hati dengan penilaian ke atas prestasi keseluruhan atlet, pencapaian serta prestasi semasa mereka.
“Barisan kali ini adalah yang terbaik berdasarkan prestasi semasa. Kemasukan dua pelapis, Rafiq dan Timmy agak mengejutkan, tetapi mereka telah membuktikan kemampuan masing-masing,” kata Pengurus Pasukan Cheah Ban Cheng.
Timmy sebelum ini berjaya mencuri tumpuan apabila layak ke peringkat Master Terbuka Lelaki, Kejohanan Boling Terbuka Singapura, bulan lalu.