BTC USD 83,805.0 Gold USD 4,186.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco Time MyKabel Kini Libatkan 100Mbps, 500Mbps Dan 1Gbps Bermula RM69/Bulan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,647
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,647
Reaction score
7,746
Points
916
Kerajaan kini semakin giat menurunkan harga perkhidmatan internet termasuklah daripada fiber. Time menyahut seruan ini dan memperkenal pakej MyKabel. Sebelum ini, pernah dikongsikan pakej Time 100Mbps untuk RM69/bulan. Namun, rebat ini sudah diperluas ke pakej lain.
​
Screenshot-2023-02-13-at-11.34.07-PM.png
​

Pakej MyKabel​

  • 100Mbps untuk RM69/bulan (asal RM99)​
  • 500Mbps untuk RM119/bulan (asal RM139)​
  • 1Gbps untuk RM179/bulan (asal RM199)​
Namun, pakej MyKabel ini diwajibkan dengan kontrak selama 24 bulan dan hanya terhad untuk 12 buah PPR dan Perumahan Awam seluruh Malaysia, buat masa ini.
​
ppr-yang-ada-time-mykabel.png
​

Penurunan harga langganan diberikan melalui rebat iaitu RM30 atau RM20 pada setiap bulan sepanjang kontrak 24 bulan itu berjalan. Time berkata dari segi liputan kawasan, mereka akan luaskannya lagi kelak. Seandainya berminat, dapatkan dulu maklumat lanjut daripada Time seperti melalui laman FAQ di webnya.

Sumber asal
Time​
 
Ketika Ini Hanya 8 Kawasan Ini Sahaja Yang Boleh Melanggan Pakej Perpaduan PPR/ PA @MyKabel

Kerajaan sudah pun mengumumkan pakej khas khusus bagi penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan penduduk Perumahan Awam (PA). Menerusi pakej ini warga PPR/ PA dapat menikmati akses Internet Jalur Lebar Tetap data tanpa had (unlimited), dengan kelajuan 100Mbps hanya pada harga RM69 sebulan dengan kontrak selama 24 bulan. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia menyatakan, Pakej Perpaduan PPR/PA @MyKabel akan terus diperluaskan secara berperingkat.

Tetapi buat masa ini, hanya 8 kawasan penduduk PPR danPA yang sudah boleh melanggan pakej khas ini:-

Selangor​
  1. PPR Kampung Baru HICOM​
  2. PPR Kota Damansara​
  3. PPR Lembah Subang 2​
  4. PPR Taman Putra Damai (Lembah Subang 1)​
W.P. Kuala Lumpur​
  1. PPR Kerinchi​
  2. PA Desa Rejang​
Johor​
  1. PPR Melana Indah 2​
Pulau Pinang​
  1. PPR Kampung Melayu​
Pakej Perpaduan PPR/PA @MyKabel sudah pun mula ditawarkan sejak 1 Mac 2023 lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2023.

Sumber asal: MCMC​
 
Back
Top
Log in Register