BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Timbalan Menteri Thai temui Nik Aziz

Vondereich

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,940
Joined
Jan 11, 2008
Messages
23,940
Reaction score
948
Points
176
thai%202.jpg

KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Thavon Semiam hari ini mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapat pandangan menyelesaikan konflik di selatan Thai.

Beliau berkata, pandangan Menteri Besar Kelantan supaya diadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat Islam di selatan Thailand akan digunapakai.

Malah katanya, sejak Thailand di bawah kerajaan baru diketua Abhisit Vejjajiva sudah berkurangan pertumpahan darah.

"Sepanjang empat bulan pertama tahun ini hanya lebih kurang 15 kali sahaja berlaku pertumpahan darah. Sedangkan sebelum ini berpuluh-puluh kejadian huru hara berlaku.

"Ini menunjukkan sudah ada persefahaman di antara kerajaan Thailand dengan umat Islam," katanya pada persidangan media selepas pertemuan tersebut yang diadakan di JKR 10.

Thavon juga berkata, konsep keadilan sejagat turut menjadi amalan kerajaan Thailand di mana tidak lagi memberi perhatian kepada satu kaum sahaja.

Katanya, kerajaan Thai di bawah pimpinan Abhisit amat mengambil berat keselamatan di selatan Thailand dan sentiasa berhubung dengan pimpinan masyarakat Islam di empat wilayah selatan.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak layak menjadi orang tengah menyelesaikan konflik di selatan Thailand kerana jawatannya hanya Menteri Besar sebuah kerajaan kecil.

"Tetapi untuk memberi nasihat dan pandangan saya sanggup selagi rakyat Thailand ingin menerimanya," kata beliau.

Menurutnya, konsep PAS Untuk Semua yang diamalkan di Malaysia sebenarnya seakan sama dengan hasrat kerajaan Thailand yang berada di bawah Raja Siam.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub dan seramai 62 delegasi yang terdiri daripada ahli parlimen, Gabenor Wilayah Selatan, pegawai kerajaan dan Jawatankuasa Keadilan Selatan Thai.

Menteri Besar Kelantan percaya penyelesaian masalah di selatan Thailand hanya dapat dibuat melalui meja rundingan.

Sebelum itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberi peluang oleh media Thailand untuk memberi ucapan kepada umat Islam di Thailand.

Beliau menasihatkan umat Islam di Thailand menjadikan keamanan sebagai asas dalam kehidupan seharian dan sentiasa berbincang dalam menyelesaikan masalah umat Islam. - mj _
 
org yang jenis merendah diri, sedar kedudukan ....

aku tak dpt bayangkan kalu org2 bee end yang di perlukan - mau tujuh hari tujuh malam keluar dlm berita :D:D
 
Alhamduilillah.. Semoga Islam tidak ditindas lagi di Selatan Thailand. Bolehlah aku melawat uncle2 dan auntie2 aku kat Kg Corok Bongor, Narathiwat. Aku punya grassroot family dari sana.
 
Last edited:

btl la bro ... bile seorang insan mencari masa depan akhirat ... dunia ni bagaikan batu loncatan aja dan permainan
 
org yang jenis merendah diri, sedar kedudukan ....

aku tak dpt bayangkan kalu org2 bee end yang di perlukan - mau tujuh hari tujuh malam keluar dlm berita :D:D

Salam brader,

Agaknya saudara sudah tertinggal kapal.

Kerajaan Thailand dan Raja Thai serta Puak Pemisah Thai Selatan telah bersetuju dan merestui Tun Mahathir menjadi pengantara didalam menyelesaikan krisis disana since 2005.
 
Alhamduilillah.. Semoga Islam tidak ditindas lagi di Selatan Thailand. Bolehlah aku melawat uncle2 dan auntie2 aku kat Kg Corok Bongor, Narathiwat. Aku punya grassroot family dari sana.

sama aahhh kita....ada woriss kat kok jambu...tapi aku duk Ganung kita...
 
Salam brader,

Agaknya saudara sudah tertinggal kapal.

Kerajaan Thailand dan Raja Thai serta Puak Pemisah Thai Selatan telah bersetuju dan merestui Tun Mahathir menjadi pengantara didalam menyelesaikan krisis disana since 2005.

Tapi sedare tertinggal sesuatu,sampai skrang Thiland masih bergolak. :)paid
 
Salam brader,

Agaknya saudara sudah tertinggal kapal.

Kerajaan Thailand dan Raja Thai serta Puak Pemisah Thai Selatan telah bersetuju dan merestui Tun Mahathir menjadi pengantara didalam menyelesaikan krisis disana since 2005.

Patut ler selatan thai aman tenteram hingga kini..:eek:
 
Back
Top
Log in Register