BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Tikus sekarang lebih bijak!'

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
'Tikus sekarang lebih bijak!'
WARTAWAN SINAR HARIAN
11 September 2013
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services
0


Sekadar gambar hiasan.
< 1 / 1 >
HAMPIR 70 peratus penduduk di Taman Prima Selayang menyediakan perangkap dan racun tikus dalam rumah masing-masing.

Seorang penduduk, M Mahaletchumi, 26, berkata, tiga tahun lalu, operasi besar-besaran menghapuskan tikus telah dilakukan di kawasan perumahan itu namun tidak berterusan akibat kesan sampingan yang dialami kebanyakan penduduk.

Menurutnya, meskipun langkah penghapusan tikus itu dibuat namun haiwan itu masih ada.

“Kami mengalami demam dan sakit kepala disebabkan terhidu bangkai tikus.

“Sebab masalah itu, penghapusan tikus terpaksa dihentikan dan penduduk digalakkan untuk menjaga kebersihan selain menyediakan perangkap tikus sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, walaupun gam dan perangkap tikus diletakkan di dalam rumah, namun tetap tidak dapat menyelesaikan masalah apabila haiwan itu dikatakan semakin bijak melakukan aktiviti.

“Tikus nampaknya lebih bijak. Jika kita letak roti dia makan tetapi tidak di bahagian yang diletakkan gam.

“Makanan kami banyak dirosakkan oleh tikus-tikus itu tapi kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana haiwan itu susah untuk dihapuskan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, K Velu, 54, berkata, hampir empat bulan dia menderita penyakit kulit akibat digigit tikus.

Katanya, tidak tahan dengan implikasi yang dihadapinya, dia mendapatkan rawatan seminggu selepas digigit tikus.

“Saya menghadapi demam dan gatal-gatal pada seluruh badan dan perlu bergantung kepada macam-macam ubat untuk pulih sepenuhnya.

“Kaki saya digigit tikus sewaktu sedang tidur dan darah saya dihisap haiwan tersebut,” katanya.

Katanya, lambakan tikus juga disebabkan aktiviti seorang penduduk yang menjadikan satu bilik di rumahnya sebagai stor penyimpanan barangan terpakai.

“Tikus yang datang dari sampah memanjat ke rumah kami di tingkat satu membawa kepada wabak penyakit kepada kami sekeluarga.

“Kami dan penduduk lain tiada pilihan terpaksa meminta penduduk tersebut mengosongkan rumah selepas nasihat kami memintanya menghentikan aktiviti penyimpanan barangan terpakai tidak diendahkan,” katanya.

Tinjauan SInar Harian ke kawasan pangsapuri kos rendah itu mendapati faktor kebanyakan penghuninya yang gemar mengumpul barang terpakai antara punca pembiakan tikus di kawasan tersebut.

Pembiakan tikus juga disebabkan aktiviti penjaja yang kurang mementingkan aspek kebersihan dengan membuang sisa terus ke longkang.

ARTIKEL BERKAITAN
'Tikus sekarang lebih bijak!'
Basmi leptospirosis: PBT tawar upah tangkap tikus
Jabatan Kesihatan adakan kempen hapus tikus


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

SH - Related content
Site Section (1)

Main Section (1)

Tag (1)
 
hahahah..betul tikus skrang dah cerdik..tambah2 yg besar..lagi susah nk tangkap..kat tempat aku nih aku letak perangkap gam tikus..selalu kena yg kecik2 je..yang besar memang susah nk kna..ada satu hari tuh aku nampak boleh dia tak lalu jalan perangkap..tapi dia lalu jalan lain..agaknya tikus tuh mesti dr atau profesor..kena fikir cara lain utk nk hapuskan mereka..
 
tikus zaman cyber beb....ape klas main perangkap taruk makanan x stim ah... tikus skrg kene diperangkap dgn gejet2 spt tablet, ipad etc...pasangkan games/apps & tengok cmne deme layan gejet tu....dah lali baru tangkap ngan ape2 je


hahhaaaaa
 
kalo rumah bersih kemas mane ade tikus ni..sampah kasi clear la..
 
tapi tak dinafikan..
tikus2 di selayang mmg besar2...huhuhu..
smpaikan kucing mampu tgk jek..x mampu nak ngap..
 
takde lagi yg kena kencing tikus... pihak berkuasa amik tindakan gitu2 jer la agaknya...
 
Back
Top
Log in Register