balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PEMINAT sukan Formula Satu dinasihat agar mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelak kecewa kerana gagal menyaksikan perlumbaan yang bakal menggegar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 25 hingga 26 Mac ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Razlan Razali berkata, sehingga semalam tiket bagi tempat duduk di Diamond, Menara 1, F Grandstand, Hillstand C1 dan Hillstand C3 sudah habis dijual.
Sementara tiket bagi tempat duduk di Sapphire, Emerald, Ruby, Jade, Citrine, Menara Utara, Menara Selatan , Menara 2 dan K1 grandstand ibarat pisang goreng panas.
“Bagi perlumbaan kali ini, kami menyasarkan seramai 90,000 pengunjung pada hari Ahad, dan melebihi kehadiran 105,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung tahun lalu.
“Dengan kembalinya juara F1 2007 Kimi Raikkonen tahun ini ke Grand Prix Malaysia bersama enam handalan lain seperti Sebastian Vettel dan bekas juara, Jenson Button, Lewis Hamilton, Fernando Alonso dan Michael Schumacher, sudah pasti perlumbaan kali ini bakal menarik ribuan pengujung ke Sepang,” kata Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani .
sumber:http://www.sinarharian.com.my/sukan/tiket-f1-laris-1.32255