BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tikam, tendang ibu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_gal1


Kuala Lumpur: Seorang ibu cedera parah akibat ditikam di leher, manakala tangan kanan ditoreh dengan pisau oleh anak lelakinya, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam di perkarangan Blok A Flet Sri Kelantan, Sentul di sini, suspek turut menarik rambut dan menendang mangsa berusia 62 tahun, selain membelasah kakaknya sebelum melarikan diri.
Kakak suspek berkata, kejadian itu kali keempat adiknya menyerang beliau dan ibu, namun kali ini paling serius hingga mendatangkan kecederaan parah.
“Tiga kali dia serang kami, namun ibu tak mahu buat laporan polis kerana terlalu sayangkannya.

“Rupa-rupanya dia belum sedar, malah kali ini lebih teruk,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Katanya, sebelum kejadian beliau dan ibu ke HKL untuk melawat adiknya itu yang dikatakan mengalami kecederaan di kepala tanpa diketahui puncanya.
“Apabila di tiba di hospital, kami lihat teman wanitanya ada bersamanya sebelum mengambil keputusan untuk pulang.

“Namun, setiba di rumah, dia bersama teman wanita sudah menunggu kami di kaki lima flet.

“Adik kemudian menikam leher serta menoreh lengan kanan ibu sambil menarik rambut dan menendangnya hingga jatuh.

“Seakan-akan belum berpuas hati, dia menyerang dan menendang saya pula sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, ibunya yang berlumuran darah dikejarkan ke HKL oleh orang ramai manakala beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber polis berkata, suspek berusia 29 tahun yang mempunyai rekod jenayah sudah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tikam_tendangibu/Article/index_html
 
Last edited:
Huih... Kalo la tak diampunkan.... Confirm neraka la
 
mental ke anak dia tu sampai sanggup dia buat mcm tu? :-?
 
perghh!!! pepagi baca berita anak derhaka cmnie, bikin aku panas hati jer.
 
Cincang saja anak dehaka camni.. Lagi best kalau kena lenyek lori.. Hancur lebur.. Biar padan muka.. Derhaka mengalahkan tanggang...
 
Ada pengaruh dadah kot
 
Back
Top
Log in Register