BTC USD 83,163.1 Gold USD 4,126.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tikam suami

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
AMPANG: Padah tidak menepati janji, seorang lelaki ditikam isterinya sendiri yang berang selepas suaminya itu lewat pulang ke rumah mereka di Kondominium Pandan Height di sini, semalam.

Suami malang terbabit pada mulanya berjanji dengan isterinya untuk pulang selepas menonton perlawanan bola sepak persahabatan antara Manchester United (MU) menentang Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini, pada sebelah petang, tetapi memungkiri janji apabila hanya pulang ke rumah kira-kira jam 2 pagi.

Sejurus tiba di rumah, pasangan terbabit yang berusia 20-an bertengkar dan isterinya mempersoalkan janji dibuat suaminya yang mengatakan akan pulang sejurus perlawanan tamat kira-kira jam 7.30 malam.

Difahamkan, pertengkaran itu bertukar menjadi tragedi apabila si isteri tidak dapat menahan kemarahan lalu menikam suaminya di dada menggunakan pisau pemotong sayur.

Wanita itu yang panik selepas melihat badan suaminya dipenuhi darah kemudian menghantarnya ke hospital untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata doktor yang merawat mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menurutnya, ketika dihantar ke hospital, mangsa yang bekerja sendiri dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Siasatan awal mendapati ada kesan tikaman di badan mangsa yang berusia 26 tahun itu. Mangsa juga dikelar berikutan ada kesan kelar di belakang badannya.

“Sehubungan itu, polis menahan isteri mangsa yang juga seorang jurujual berusia 20-an di rumahnya dan turut merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati isteri mangsa naik berang selepas mangsa berjanji akan pulang ke rumah sejurus perlawanan bola sepak antara pasukan negara menentang MU selesai.

“Bagaimanapun, selepas hampir enam jam menanti, isteri mangsa hilang sabar sebelum berlaku pertengkaran antara mereka sebaik si suami tiba di rumah.

“Namun, polis masih menyiasat lebih lanjut dan setakat ini, isteri mangsa mendakwa punca kejadian terbabit disebabkan suaminya pulang lewat,” katanya.

Menurut Abd Jalil, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan
 
aik bini plak tikam laki
bukan ke slalu laki yg tikam bini:))
 
He he he, selalu kena tikam, kali ni dia pula menikam!
 
Back
Top
Log in Register