ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
ANGGOTA polis mengawal tiga lelaki untuk didakwa atas tuduhan menyamun dan merogol seorang wanita warga asing dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
BUTTERWORTH 27 Mac – Tiga penganggur masing-masing mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyamun dan merogol seorang wanita warga Indonesia pada 18 Mac lalu.
Tiga tertuduh Muhamad Nabil Nayan, 21, Mohamad Redzuan Abdul Malek, 22, dan Muhammad Ismail, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah dan Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Setiap tertuduh menghadapi dua pertuduhan samun dan rogol.
Mengikut pertuduhan pertama, Muhamad Nabil, Mohamad Redzuan dan Muhammad serta seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan secara berkumpulan ke atas mangsa berusia 24 tahun empat bulan menggunakan sebilah pisau dan melarikan wang tunai RM50, sebentuk cincin dan telefon bimbit berharga RM300 di Jalan Permatang Tinggi, Seberang Perai Tengah pada pukul 8.10 malam, 18 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor yang mengendalikan pendakwaan, memohon supaya mahkamah tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin.
Meor Sulaiman membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya tertuduh diletakkan dalam tahanan reman dan menetapkan 28 April depan bagi tarikh sebutan semula kes.
Bagi pertuduhan kedua, ketiga-tiga tertuduh didakwa merogol mangsa di Jalan Sungai Chenaam, Nibong Tebal pada pukul 9.30 malam, 18 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Julie Lack tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh yang sama bagi sebutan semula kes itu.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Selvaranjini manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.