BTC USD 85,009.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga pelan data terbaru Celcom First diperkenal

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
CELCOM-FIRST-PLANS.jpg_1477544813.jpg

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata), mengumumkan tiga pelan data terbaru bagi segment pasca bayarnya di bawah jenama Celcom First dengan peruntukan kuota data lebih besar pada harga berpatutan.

Pelan First Gold kini ditawarkan dengan kuota data sebanyak 20 GB pada harga RM80 manakala First Platinum 60 GB dengan harga RM150.

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, syarikat turut menawarkan pelan First Gold Plus dengan data 40 GB pada harga RM98.

“€œTawaran terbaru ini menjadikan pelan Celcom First lebih segar dan diperkayakan di mana kini ia menawarkan lebih banyak peruntukan data melalui rangkaian 4G terbaik kami”￾ katanya pada pengumuman pelan itu di sini, hari ini.

Pelan terbaru Celcom First ini boleh mula didapati oleh pelanggan baru bermula 28 Oktober ini manakala pelanggan sedia ada akan menikmati peruntukan internet baru itu bermula 1 November secara automatik tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.
 
Menarik jgk pelan ni
Sekarang pakai Celcom 38 je

Sama la kita bro.. tapi semenjak beberapa bulan ni makin gigih celcom suruh upgrade.. dahlah pakej yg 38 tu makin cepat abis sekarang ni.. dulu boleh guna sampai 3 minggu.. sekarang tak sampai seminggu dah abis.. sedangkan sama je cara penggunaan..
 
apa apa pun digi lead package, telco lain akan follow
package ni dah saing kembali digi,
apa lagi digi, offer lagi byk ler quota, ha ha ha
 
Sama la kita bro.. tapi semenjak beberapa bulan ni makin gigih celcom suruh upgrade.. dahlah pakej yg 38 tu makin cepat abis sekarang ni.. dulu boleh guna sampai 3 minggu.. sekarang tak sampai seminggu dah abis.. sedangkan sama je cara penggunaan..

Betul la tu
Ada je sms hari2 mintak upgrade
Servis nya cenggitu jgk
 
yg lama pnya rm80 10gb gak kan..
5gb monthly + 5gb weekend..

boleh upgrade plan ke??
 
Lebih baik guna XOX atau Umobile jika mobile.

Nak muat turun file besar2 guna Unifi atau Time di rumah.

Lagi berbaloi. :D
 
Back
Top
Log in Register