BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Pekerja Kapal Maut Dalam Kebakaran Kontena Di PTP

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
905c5c427b5bbacef4e38f28782acb0f690ded9520c33

Gambar kredit JBPM Johor

Tiga pekerja kapal maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran satu kontena di atas sebuah kapal di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada Jumaat lepas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.23 tengah hari sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri tiba di lokasi pada 12.40 tengah hari.

Menurut JBPM Johor, kebakaran berlaku ketika kerja pemunggahan dijalankan di bahagian bawah geladak Blok 5 kapal terbabit.

“Insiden berkenaan melibatkan enam mangsa lelaki terdiri daripada tiga yang maut iaitu warga Malaysia berusia 59 tahun, warga Filipina berusia lingkungan 40-an dan warga Britain berusia lingkungan 40-an.

“Tiga pekerja cedera membabitkan warga Malaysia berusia 26 tahun dan dua warga Filipina berusia lingkungan 40-an. Semua mangsa cedera telah dihantar ke Hospital Gleneagles Iskandar Puteri oleh ambulans PTP,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan pemadaman awal dilakukan Bomba PTP menggunakan dua tug boat dengan sokongan operasi pemunggahan oleh Quay 118.

“Sembilan anggota bersama sebuah Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah kenderaan utiliti digerakkan dalam operasi tersebut dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut JBPM.

 
Back
Top
Log in Register