Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
16.09.2026 - Tiga individu terkorban dan seorang lagi dimasukkan ke hospital selepas sebuah helikopter terhempas dan terbakar pada petang Selasa di kawasan kejiranan Chatsworth, Los Angeles, menurut Jabatan Bomba Los Angeles (LAFD), lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Empat individu telah diperiksa. Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Seorang lagi dibawa ke hospital tempatan dan keadaannya belum diketahui,” menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan mengendalikan siasatan, menurut kenyataan itu. Terdahulu, media tempatan melaporkan helikopter milik NBC Los Angeles (KNBC-TV) itu sedang membuat liputan di lokasi kemalangan bas yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang sebelum ia terhempas. Kapten Branden Silverman dari LAFD memberitahu pemberita bahawa beliau tidak mahu membuat spekulasi bahawa helikopter itu milik organisasi media “kerana kami masih belum mengesahkannya.” Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) mengesahkan helikopter itu bukan milik jabatan berkenaan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=2608014